Pengikut

Halaman

be yourself and stay happy with your life

Isnin, 3 Julai 2017

Sifar


Sengaja aku buat kelainan kali ini
Acapkali gunakan ayat yang sama sahaja
Tak habis-habis mempopularkan lagu Najwa Latif di Youtube semata
Kalini aku guna ayat aku pula.
Sifar.
Se-sifar hatiku.
Tak tahu isinya
Rindu pada Pencipta
Kalau dapat sujud ni, pasti terluah segala rasa

Inilah Sifar hatiku.

Sangka-sangka


Bila otak ini dah jauh, dia mula bersangka-sangka
Sangka itu kata ini
Sangka ini kata itu
Padahal itu diam seribu bahasa
Walhal ini kata yang penting semata
Tapi bila otak ini berlebih fikirnya,
Mulalah ia nak bersangka-sangka.

Overthinking merbahaya.

Ini aku



Sebab ini lah aku
Seorang gadis yang cepat beremosi
Cemburu buta dan ego
Ya, bila mana aku berkata,
Aku mengharap aku akan dipujuk semula
Itu aku.

Untuk kau yang sedang ingin berada dalam hidup ini
Aku mohon kau sabar dengan seketul aku ini.
Ya, aku mengaku sedikit ego
Tapi tidak lama.
Percayalah.
Apa aku mahu Cuma kau datang memujuk aku.
Cukup sepatah dua kata

Dan aku akan kembali seperti biasa.

Risau


Dia sentiasa risau kan aku
Tapi aku masih tak mampu percaya katanya yang Satu
Kata yang mana?
Dia akan menjadi kan aku miliknya sepenuhnya
Kenapa?
Kerana aku masih harus terus berdoa pada Dia yang Satu

Tuhan, kabulkan doa kami
Satukan kami di hujung tahun ini
Jangan kau terus uji kami perkara yang kami tak mampu utk hadapi

Tuhan,
Dengarkan rintihan tangisan ku sepertiga malam dan di siangnya
Sungguh tiada lain ku pinta
Hanya kau sahaja pendengarku yang setia.


Lihat


Lihat, kau kata si dia pelbagai
Dan sekarang yang kau kata itu kau lakukan

Lihat, kau puji dia pelbagai
Dan sekarang pujian kau itu membuat dia angkuh dan sombong

Eh kukimulu, kau itu bodoh kau tahu?
Jangan kau ikut mereka-mereka yang reti bercakap itu
Kau tinggal saja mereka dan pergi ke kelas seperti biasa.
Apa kau tidak mahu berjaya?

“habiskan belajarmu, hujung tahun kita akan bersama”
Ingat, kau punya misi yang satu.
Tapi misi itu bersyarat yang perlu kau patuhi terlebih dahulu.

Okay, sekarang kau rileks.
Esok bangun dengan azam baru.

Ayuh!

Bahagia


Apa bahagia itu dalam definisi hidup kau?
Apa kau rasa kau punya gembira sudah bahagia?
Apa kau rasa kau punya harta sudah bahagia?
Atau kau punya anak sudah bahagia?

Tidak,
Bahagia itu dalam definisi sebenar adalah hidup berlandaskan alquran dan as sunnah
Apa kau ikut landasan itu?
Ya,
Bila mana kau sudah ikut, kau pasti punya rasa gembira
Pabila kau sudah ikut, pasti kau punya harta
Dan apabila kau mula ikut, semestinya kau punya anak
Itu definisi sebenar

Sabar, bahagia kan datang selepas hadirnya air mata
Seperti pelangi
Pelangi kan muncul lepas hujan yg lebat mahupun rintik-rintik?

Moga kehidupan selepas kau tamat bujang kan jadi bahagia dari skrg.
Nikmatilah air mata ini sementara hujan sedang turun
Apa kau tidak tahu hujan itu sebenarnya sejuk?
Walau bikin kau basah lenjun.


Sabarlah wahai sekeping kukimulu.