Pengikut

Halaman

be yourself and stay happy with your life

Jumaat, 10 November 2017

otak

di subuh yg hening ini
sekali lagi muncul kata kata di otak ini
kata kata yg x sepatutnya difikir
kerana ia urusan ilahi
dan aku
telahpun menyerahkannya kpd Dia

tuhan,
ampunkan otak ini
kerana berfikirkan ini lagi
tiba masa aku juga x mampu halangi
cuma aku pujukkan hati,
percayalah pada ilahi 💞

Isnin, 6 November 2017

senyum plastik

hebat kan seorang wanita,
dua minit lalu dia menangis teresak-esak
dua minit sebelumnya dia mengamok bagai nak gila,
dan dua minit kini dia sedang senyum sendiri lalu ketawa.
kuasa allah.

bodoh

susah kah?
sulit kah ?
sukar kah ?
mengaku kesilapan diri.
berusaha menundukkan diri.

sudah lakukan kesilapan, mohonlah ampun!
itupun nak kena ajar ke?

baran

aku kawal
aku sabar
aku belajar
tapi aku hilang sabar
hilang kawalan
hilang segalanya

diriku,
kuat sikit lagi
atau kau mahu pergi mati?
marilah,
kita terjun tempat paling tinggi
sudah pasti kau akan mati

menjerit

tuhan,
hati ini menangis lagi
tuhan,
jiwa ini meruntun pergi
tuhan,
apa yg akan Kau beri
aku tak mampu tahan lebih lama lagi.


Ahad, 5 November 2017

berkecai

hancur hati mendengarkan itu
berkecai jiwa melihat penipuannya
tuhan,
sungguh aku tidak pernah terniat untuk menduakannya
mengapa ini yg ku dengar di hening subuh ini ?

berkecai jiwa raga ku saat ini tuhan
tidak ku sangka,
kata-kata yg diberi padaku,
ternyata turut diberi pada insan lainnya.

tuhan,
hancur harapan ini tuhan
aku benar-benar berserah padaMu
berikanlah yg terbaik
dan tunjukkanlah yg terbaik

izinkan dia yg terakhir utk diri ini
jika bukan dia, matikan aku.
sungguh aku taksanggup.

*hujan mengerti isi hatiku*