Pengikut

Halaman

be yourself and stay happy with your life

Rabu, 7 Januari 2015

Semalam


Ku kutip mereka ke sini.
Berbual hingga pagi.
Tertawa dan hilaian tak henti.
Cakap itu cakap ini.

Cerita dia dan kami.
Bukak milik dia, dia, dia dan aku.

Cerita lagi.
Sampai ke pagi.
Hingga terbawa ke mimpi.

Bangun pagi.
Dia hilang di sisi.
Rupanya jatuh ke bawah sini.
Sambung hilaian lagi.

Cerita cerita lepas subuh lagi.
Akhirnya seorang dari mereka pergi.
Untuk meneruskan tugasan pagi ini.

Dan semuanya kembali bermimpi.
Lena tak lena hingga tak perasan aku pergi.
Pergi membawa tuala mandi.
Pulang melihat mereka bermimpi.
Nyenyaknya diulit mimpi.

Tapi mata ini.
Bagai segar tidak kan terkatup lagi.
Minta untuk teruskan tugasan pagi.

Sebelum jari ini terus menari.
Sempat ku capai sarapan pagi.
Buat alas perut pepagi.
Supaya ia tak sakit lagi.
Seperti sebulan yang telah pergi.
Sakit bagai aku telah mati.

Sempat ku tinggalkan wasiat ini.
Untuk dikenangi.

Ini cerita kita.
Cerita aku dan mereka.
Yang tak penat dan lelah bersama.
Malam ke dini hari ku cerita.
Tidak akan mereka baca.
Kerana ini luar dari pengetahuan mereka.

Ku titipkan tinta ini untuk semua.
Kelima mereka.
Walau empat untuk ini cerita.
Tetap ku coretkan buat semua.

Bacalah kalian dari hati.
Cerita yang ku tarikan dari hati.
Ukhuwah yang aku pinta ini.

Moga kekal hingga  aku mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan