Pengikut

Halaman

be yourself and stay happy with your life

Sabtu, 10 Oktober 2015

Janji

Janjimu itu tetap janji.
Tutup matamu.
Pekakkan telingamu.
Lihat yang indah sahaja.
Dengarkan yang baik.

Nyah kan yang lainnya.
Kerana kau perlu berpegang pada janji.
Janji pada dirimu dan Dia;allah

Teruskan melangkah dengan senyuman.
Lihatkan yang indah tuhan tetapkan.

Lalu ucapkan, Alhamdulillah J

Ini kali

Untuk ini kali,
Tolonglah wahai diriku.
Ikut apa yang dia mahu.

Untuk ini kali,
Tolonglah wahai diriku.
Utamakan dia yang terdahulu.

Untuk ini kali,
Tolonglah wahai diriku.
Doakan dia selalu.

Untuk ini kali,
Tolonglah wahai diriku.
Jangan ikutkan egomu.

Untuk ini kali,
Tolonglah wahai diriku.
Sabar dan ikutkan dia selalu.


Untuk ini kali sahaja wahai diriku.

Untuk dia yang ku cinta.

Hancur.
Lebur.
Diam.
Kaku.
Entah itu kah rasaku?
Bagai dikunci bibir ini.
Dimasukkan emas permata.
Hingga tiada sekelumit kata.

Diam.
Bisu.
Senyap bagai di hutan lipur.
Terpandang aku lama tulisan itu.
Sahih atau tidak.
Hendak dipercaya atau biarkan.
Namun aku khuatir sesal pula di kemudian.

Kau bagai memberi satu kata tamparan.
Namun hati ini ada yang tidak dilepaskan.
Terpendam jauh ke dalam.
Semuanya.

Tuhan.
Panjangkan umurnya.
Sihatkan tubuh badannya.
Biarkan aku saja yang menanggunggnya.
Jangan kau seksa dia yang ku cinta.
Malah dia juga yang mencinta.

Aku rela berganti nyawa.
Andai itu tertulis takdirnya.
Biarkan aku saja menjadi penggantinya.
Tapi bukan dia.

Dia diperlukan lagi.
Untuk si kecil yang masih mentah.
Sedang aku tiada gunanya.
Di dunia bagai penuh dosa.
Pahala entah ke mana.
Hanya ku mahu restu darinya.
Redha dari dia yang mengeluarkan aku.
Itu penting buatku.

Tuhan.
Gantikan aku dengan dia.
Jangan biar dia bertarung sendirian.
Izinkan aku yang merasa.
Kerana aku yang berdosa.

Jalan tuhan

Tuhan,
Di saat aku hilang arah,
Di saat aku mula mengagau mencari kebenaran,
Di saat aku bergelumang dengan kejahilan,
Kau hadirkan hamba-hambaMu untuk menghulur tangan.
Kata Kau, aku tersilap jalan.
Jalan ku penuh liku.
Lalu Kau tunjukkan padaku jalan yang benar.
Katanya jalan ini mudah ke sana;syurga.

Lalu aku bertanya padaMu tuhan;
Mengapa tidak kau matikan saja jalanku itu?
Mengapa tidak kau akhiri liku itu?
Mengapa kau tarik aku ke jalan lain?

Dan Kau menjawab;
Kerana belum masanya aku dipertemukan dengan hujung jalan.
Dan kerana bekalan di bagasiku masih kosong untuk di bawa ke sana.
Juga kerana Kau ingin aku dipertemukan dengan hujung jalan yang benar bukan berliku.

Tanpa ku sedari,
Rembesan mata mula menerjah keluar.
Tuhan menyayangi ku.
Terima kasih tuhan.

Lupakan

Teringat, istighfarlah.
Terngiang, istighfarlah.
Terbayang, istighfarlah.
Balik ke Dia yang setia membuatmu tersenyum.

Lupakanlah segala hal.
Ingat ke Dia.
Lupakan segala perkara.
Balik ke Dia.
Percayalah kau akan lebih bahagia.

Dengan terus dekat padaNya;Allah

Aduan

Tuhan,
Aku hilang arah tujuanku.
Tunjukkan ku jalan.
Tuhan,
Ku jatuh kelemasan.
Bantu ku bernafas.

Tuhan
Ku hilang pedoman,
Pinjamkan  ku kekuatan

Tuhan,
Aku hina dimata semua,
Hilangkan aku dari mata itu.

Tuhan,
Kejamnya diri ini.
Berikan keampunan.

Tuhan,
Aku mengadu kini.
Setelah puas aku menikmati kehidupan.
Kini aku mula mencariMu.

Teruknya aku, tuhan.

Dosa

Dosa itu menyelubungi setiap hariku.
Ia hadir tanpa jemu.
Walau kemaafan sudah ku pohon.
Ku tahu kesannya masih dalam pada dirimu.

Apa aku mampu ulang semula kisah itu?
Apa kau punya mesin undurkan waktu?
Atau aku akan terus disini dihantui itu ?
Lebih baik aku mati.
Dari ia dibelenggu terus-terusan begini.


Matikan aku.

Pengampunan


Tuhan,
Apa tiadakah pengampunan untuk insan seperti ku?
Apakah aku akan terus bergelumang dengan rasa yang tidak nyaman ini?

Tuhan, mengapa aku masih dihidupkan, tuhan?
Jika hidupku hanya akan menyakiti mereka yang menyayangiku.

Tuhan, mengapa mereka berterusan menyalahi aku, tuhan?
Apa tiada sedikitpun rasa ampun dan maaf dari mereka buatku?

Tuhan, jika ini benar.
Aku rela mati.
Aku rela menemu ilahi
Dari terus di dunia ini.
Melakukan 1001 dosa lagi.
Menyakiti mereka lagi.

Tuhan,
Aku tidak punya siapa-siapa.
Aku Cuma punya Kau tuhan.

Tuhan,
Apa aku benar dalam kemurungan?
Jika benar, kembalikan aku kebahagiaan.
Pulangkan aku ke pangkuanMu tuhan.

Sungguh tiada dayaku, tuhan.
Tidak sanggup rasanya aku begini berterusan.
Selagi mana aku terus dipersalahkan.
Biarlah aku mati, tuhan.

Tuhan,
Salahkah aku ingin menegur kesalahan?
Apa caraku itu salah?
Bagaimana lagi tuhan?
Ku tak punya daya.
Ku tak punya kekuatan.

Tuhan,
Aku akui segala kesilapan.
Ambillah aku tuhan.
Jadikan aku yang baru.
Atau mungkin, biar aku pergi tanpa kembali.
Tidak tertanggung rasanya segala dosa ku ini.

Tuhan,
Kau maha mendengar.
Lagi maha melihat.
Dan mengetahui segala sesuatu itu.
Bantulah aku tuhan.
Sungguh ku tak punya daya lagi.
Aku bagai dibayangi mimpi ngeri.

Tuhan,
Sedarkan aku.
Atau matikan aku.
Tiada dayaku lagi untuk meneruskan hidup ini.

Biarlah aku pergi menghadapMu
Biar aku menjawab atas setiap segala salah lakuku.


Aku menyesal.

Rasa ini

Rasa ini kau tahu?
Tiada walau sedikitpun ketenangan.

Rasa ini kau tahu?
Terus-terusan menyesali perbuatan.

Rasa ini kau tahu?
Bagai ingin ku akhiri sebuah kehidupan.

Rasa ini kau tahu?
Umpama tiada lagi gunanya aku di muka bumi ini, tuhan.

Tiada apa yang bisa membantuku
Selain tuhanku yang satu.


Aku pergi~

Takdir 2.0

Cukuplah kau sudah berusaha.
Usahalah kau bertahun lamanya.
Jika Dia kata ‘tidak’ maka tidak lah jawapannya.

Namun jangan kau putus harap; doa
Peganglah ayat ‘kun fayakun’Nya.
Tiada apa yang boleh melawan;takdir
Selain dari doa seorang mukmin/ah.
Jadilah, maka jadilah.

Tuhan dengari mu sayang;doa
Tuhan lihatimu intan;doa
Tuhan ketahuimu permata;doa
Itu sahaja jawapan yang ada.
Jangan kau putus berdoa.


Tabahlah hati.

Takdir


Bila yang namanya takdir itu
Adalah setelah kau berusaha untuk membaik pulih,
Namun ia bagai tersekat di situ
Dan tiada penyelesaian.

Anggaplah itu takdir tuhan
Yang tak bias kau ubah lagi.
Melainkan tuhan izinkan kau ubah.

Namun ia takkan pernah berubah
Kerana ini namanya takdir.
Dan aku harus menerima; takdir
Walau ia menyiat setiap inchi sudut hatimu.
Yakinlah Dia lebih tahu
Yang lepas, kini dan akan datang.
Anggaplah ia baik untukmu wahai hati.


Aku berserah setelah berusaha.

Tuhan;Allah


Tuhan itu adil.
Dia takkan uji kau kalau dia tahu kau tak mampu.

Tuhan itu bijaksana.
Dia takkan uji kau kalau bukan kerana ingin naikkan martabatmu.

Tuhan itu penyayang.
Dia takkan uji kau kalau tak kerana sayangnya Dia ke engkau.

Tuhan itu pemaaf.
Dia takkan biar kau buat dosa untuk kau mintak kemaafan ke Dia;Allah.

Kerana, tuhan itu ada 99 sifatnya.
Moh balik ke Dia;Allah.
Dia rindukan tangisanmu sayang.
Moh nangis ke Dia.

Sengaja Dia hilangkan bahumu;teman
Kerana ingin kau kembali ke pangkuannya;sujud
Kembalilah sayang.

Dia merinduimu lebih dari hambaNya merindu.