Hancur.
Lebur.
Diam.
Kaku.
Entah itu kah rasaku?
Bagai dikunci bibir ini.
Dimasukkan emas permata.
Hingga tiada sekelumit kata.
Diam.
Bisu.
Senyap bagai di hutan lipur.
Terpandang aku lama tulisan itu.
Sahih atau tidak.
Hendak dipercaya atau biarkan.
Namun aku khuatir sesal pula di kemudian.
Kau bagai memberi satu kata tamparan.
Namun hati ini ada yang tidak dilepaskan.
Terpendam jauh ke dalam.
Semuanya.
Tuhan.
Panjangkan umurnya.
Sihatkan tubuh badannya.
Biarkan aku saja yang menanggunggnya.
Jangan kau seksa dia yang ku cinta.
Malah dia juga yang mencinta.
Aku rela berganti nyawa.
Andai itu tertulis takdirnya.
Biarkan aku saja menjadi penggantinya.
Tapi bukan dia.
Dia diperlukan lagi.
Untuk si kecil yang masih mentah.
Sedang aku tiada gunanya.
Di dunia bagai penuh dosa.
Pahala entah ke mana.
Hanya ku mahu restu darinya.
Redha dari dia yang mengeluarkan aku.
Itu penting buatku.
Tuhan.
Gantikan aku dengan dia.
Jangan biar dia bertarung sendirian.
Izinkan aku yang merasa.
Kerana aku yang berdosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan