Pengikut

Halaman

be yourself and stay happy with your life

Sabtu, 7 Januari 2017

Terasa

Salahkah aku terasa hati
Saat diri dilayan sebegini
Apa bersalahkah aku?
Jawablah wahai hati

Entah berapa kali aku tangisi
Perkara yang tidak berakhir lagi
Apa lagi rancangan Ilahi?
Buat aku ternanti-nanti

Tuhan,
Apakah hukumnya jika aku terasa begini ?
Apa aku tidak layak lagi mendapat kasih sayang mereka ?
Siapa aku wahai tuhan ?

Ah, positif lah seketul kukimulu
Kelak kau tahu apa hikmah disebalik tangisanmu
Tuhan dah janji beri bahagia
Bila masanya mula tiba

Kau sabar, kau tabah, kau perhati.
Tuhan akan memberi.

*pujuk hati yang sepi*

Menangis

Menangis ku menangis pilu hatiku
Menangis ku menangis tak siapa yang tahu
Kau lihat aku bahagia tanpa ada sendu
Namun di sebalik tirai, padaNya aku mengadu

Tuhan pemujuk hatiku
Setia bersamaku
Tanpa mengecewakanku

Menangis lagi dan lagi tanda tuhan rindu
Menangis lagi dan lagi walhal tuhan dah tahu
Tinggal masa kau datang untuk mengadu pilu
Dia tersenyum melihat hambaNya bahagia

Aku menangis.
Setahun usianya
Tuhan tak lupa
Beri aku bahagia
Walau tak kerap

Tetapi ia masih ada.

Isnin, 2 Januari 2017

on-call

nak tahu apa aku sedang buat?
sedang mendengar kau berbual-bual
bersama rakan-rakan kau

entah kenapa,
cemburu mula terasa
bila mendengar suara gadis di situ

walau aku tahu
sebenarnya mereka hanya temanmu

ah, hati ini
mudah sangat cemburu
mungkin kerana
aku tidak lagi sebegitu

oh hati, percayalah padanya
dia setia padamu
hingga hujung nyawa

ah, nampaknya aku tak mampu meneruskan ini
mungkin lebih baik aku matikan saja
sebelum hati ini semakin membara
menahan rasa.

selamat tinggal.
aku tamatkan panggilan sekarang.

mungkin

ya,
mungkin aku mudah jatuh suka
tapi aku tak mudah jatuh cinta

benar,
mungkin aku gemar lihat yang kacak di mata
namun tiada lebih kacak selepas mengenalimu

betul,
mungkin aku punya ramai teman lelaki
tapi semua itu tidak tahu siapa aku

hanya kamu menjadi pilihan hati
maka, bertuahlah dirimu
mengenali diri ini sepenuhnya
mungkin lebih mengenali dari insan bergelar family
suatu hari nanti

ya, aku jatuh cinta.
pada dirimu.

Ahad, 1 Januari 2017

hai 2017

ehh dah 2k17 !
apa ertinya itu ?
ertinya tahun depan kita akan bersama.
ertinya impian kita bakal menjadi nyata
ertinya kau akan menjadi milik aku selamanya.

apa kau suka ?
atau sebaliknya ?
okay aku tahu apa perlu aku baling ini kali.
bukit barangkali
atau mungkin air terjun orang asli
kenapa ?
kerana itu yang kita cari untuk tenangkan diri
tapi kenapa kena baling ?
sebab kau fikir tak sakit ke nak bina sejid ?
kau lalui lebih lagi dari ini kali.

nah amik sorg satu
*baling bukit*
*baling air terjun* kedebushhh!!

basah ? lenjun ?
haa itu tanda kau akan mandikan air mata untuk tunggu 2k18
kau nak ke taknak ?
aku dah baling.
makanya, sila terima.
selamat datang ke alam tempuh dugaan.

habiskan belajar jangan lupa.
itu saja pesan seketul aku.
atau mungkin sesikat kukimulu.
semoga berjaya!

bahagia

apa kau tau erti bahagia ?
bilamana aku seorang yang tidak punya apa-apa
dihargai, dijaga, dibelai
malah dikasihi, dilindungi
jauh di lubuk hati ini aku merasa bahagia

jujur ikhlas dari hati ini.

terimakasih untuk kau yang memberi
tanpa hadirnya kau,
sabarnya kau,
pasti tiada rasa ini dalam diri seketul aku.

aku menghargai dirimu
kerana kau pikat aku bukan dengan kata-kata semata
tapi dengan kesabaran yang kau ada.

aku jatuh cinta.
jujur aku jatuh cinta buat kali kedua.