nak tahu apa aku sedang buat?
sedang mendengar kau berbual-bual
bersama rakan-rakan kau
entah kenapa,
cemburu mula terasa
bila mendengar suara gadis di situ
walau aku tahu
sebenarnya mereka hanya temanmu
ah, hati ini
mudah sangat cemburu
mungkin kerana
aku tidak lagi sebegitu
oh hati, percayalah padanya
dia setia padamu
hingga hujung nyawa
ah, nampaknya aku tak mampu meneruskan ini
mungkin lebih baik aku matikan saja
sebelum hati ini semakin membara
menahan rasa.
selamat tinggal.
aku tamatkan panggilan sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan