Pengikut

Halaman

be yourself and stay happy with your life

Khamis, 21 Februari 2019

aku gagal part 1

berdosa.
berdosanya seketul aku melayan amarah.
ah, sang syaitan menang lagi kali ini.

tuhan,
tenangkan aku.
ampunkan aku.
aku menangkan syaitan lagi.
aku derhaka pada suamiku lagi.

ya Allah,
hilangkan kemarahan dalam diri aku.
hilangkan amarah dalam diri aku.
sungguh aku ingin ketenangan.

Allahu Allah.

abang, maafkan ayang.

Khamis, 14 Februari 2019

cuba lagi

genap sebulan,
aku berjaya.
tapi, kata orang, sebulan pertama memang begitu.
dan aku masih memaksa diri menafikan itu.
ya Allah, semoga kami kekal begini.
tidak berubah ke arah yg lebih teruk.

tup tup, malam itu, ujian menyapa.
"hai insan kesayangan allah, aku datang" katanya.
alhamdulillah di selamatkan ibu dan ayah
dan malam itu aku belajar erti "mencuba lagi"
kerana doaku tadi, "tidak berubah ke arah yg lebih teruk"
maka, aku mencuba menjadi lebih baik.

dua bulan.
aku berjaya lagi.
dan lagi serta lagi ujian munculkan wajahnya.
kalini di sebalik tirai.
cuba lihat bayangnya sahaja.
kejap muncul kejap hilang.
lalu ia berkata,"aku datang bawa kebaikan wahai kesayangan Allah"
lalu ia hilang.
dan datang lagi esoknya.
"aku datang bawa pemikiran wahai kesayangan Allah"
dan hari ini, datang angin sepoi sepoi bahasa
menenangkan dua insan yg bergelora.
lalu ia mendekati salah satunya.
seraya berkata, "dia masih berada dalam dunia 'pemikiran' pembawaan sang ujian wahai kesayangan allah"
dan angin sepoi sepoi bahasa memberi jalan untuk sejukkan dinginnya dia.

wahai Allah kesayangan kukimulu.
wahai Al Quran sahabat kukimulu
wahai Rasul Allah kekasih kukimulu.

terima kasih atas kehadiran sang ujian itu.
dan aku mohon serta merayu.
semoga hubungan yg baru dibina ini terus bahagia
serta
Kau keluarkanlah kami dari segala kesulitan
Kau senangkan kami melihat antara satu sama lain.

biarlah mata ini hanya melihat dirinya setampan yusuf
dan izinkanlah matanya hanya melihat diri ini seindah zulaikha
lalu tenanglah hati kami menatap antara satu sama lain.

amin ya rabbal alamin.

Khamis, 10 Januari 2019

hari ke 15

dah 15 hari kita sah bergelar suami isteri
dah 15 hari kita hidup sebumbung sebantal sekatil
dan 15 hari ini juga abang banyak bantu saya

bangun pagi, ayang masak utk breakfast & lunch kita.
kejut abang bangun mandi
dan solat subuh berjemaah (alhamdulillah 15 hari ini masih tidak ada yg tinggal solat jemaah kita. terima kasih allah)
selesai solat, ayang akan sambung masak.
sambil menggosok baju abang utk ke kerja
dan abang akan buatkan air utk ayang breakfast sama2
kadang2 abang tolong ayang hidang & cuci pinggan mangkuk yg dah pakai waktu ayang sibuk nak bersiap ke kerja.

balik kerja, ayang masuk dapur bukak peti ais fikir nak masak apa utk makan malam.
keluarkan bahan dan suruh abang mandi utk solat jemaah lagi
ayang mandi & kita solat jemaah sama2 waktu maghrib.
lepas maghrib kita mengaji sampai isyak
lepas solat isyak ayang masak & kita makan sama2.
lepastu ayang akan bersiap2 utk abang wangi2.
pakai crown , baju lawa2 macam princess sampai abang cakap, "princess kesayangan abang ni"

abang, ni lah rutin kita 15 harini. alhamdulillah.
terima kasih abang banyak bantu ayang.
pagi tadi ayang sengaja suruh abang pilihkan tudung utk ayang.
sebab ayang taknak nampak cantik di mata orang. cukup cantik di mata abang.

tiap pagi sebelum pergi work, ayang akan tanya abang, tudung ayang cukup labuh tak.
ayang akan adjust tudung tu sampai abang cakap cukup labuh. 

ya allah, terima kasih atas kurniaan ini. kekalkanlah kebahagiaan kami ini hingga ke syurgaMu ya allah.
sungguh aku menyayanginya keranaMu.
jadikan dia seorang suami yg mampu bimbingku dan anak2 kami nanti ya allah.
kau kurniakanlah rezeki yg melimpah ruah kepadanya ya allah.amin amin amin ya allah.

ikhlas,
isterimu yg clingy.

kukimulu dah ada suami

utk suamiku yg sangat dikasihi.
abang,
terima kasih sayang kan ayang sepenuh hati abang
terima kasih sanggup sabar melihat isterimu ini kadang2 masih dimasa lalu
terima kasih kerana masih menerima diri ini seadanya
terima kasih mengajar isterimu ini memasak walaupun itu tugasku
terima kasih membantu isterimu ini membuat kerja rumah walaupun itu tugasku

ya allah, tiada lain ku minta,
kau kurniakanlah suamiku rezeki yg melimpah ruah kerana sesungguhnya dia sentiasa memurahkan rezekiku sebaik yg dia mampu.
tuhan, dia suamiku.
insan paling ku sayang
insan yg ku letak dalam doa.

abang,
maafkan ayang sekiranya ada beberapa saat selepas kita nikah masih terdetik dlm pemikiran ini memikirkan kisah lalu.
percayalah, dia hanya masa silamku.
tidak mungkin kan kembali seperti dulu.
kini ayang punya abang yg sangat menyayangi ayang melebihi segalanya.

abang,
dia mungkin tidak pernah buat silap atau memarahi ayang
tapi abang selalu mendidik dan perbetulkan ayang tiap saat ayang buat silap.

abang,
dia kisah 7 tahun lalu dan abang kisah ayang yg kini.
ayang lebih mengenali abang dahulu berbanding dia (walaupun abang tak kenal ayang time tu)

abang,
maafkan ayang.

ikhlas coretan hari ini,
11.01.19