genap sebulan,
aku berjaya.
tapi, kata orang, sebulan pertama memang begitu.
dan aku masih memaksa diri menafikan itu.
ya Allah, semoga kami kekal begini.
tidak berubah ke arah yg lebih teruk.
tup tup, malam itu, ujian menyapa.
"hai insan kesayangan allah, aku datang" katanya.
alhamdulillah di selamatkan ibu dan ayah
dan malam itu aku belajar erti "mencuba lagi"
kerana doaku tadi, "tidak berubah ke arah yg lebih teruk"
maka, aku mencuba menjadi lebih baik.
dua bulan.
aku berjaya lagi.
dan lagi serta lagi ujian munculkan wajahnya.
kalini di sebalik tirai.
cuba lihat bayangnya sahaja.
kejap muncul kejap hilang.
lalu ia berkata,"aku datang bawa kebaikan wahai kesayangan Allah"
lalu ia hilang.
dan datang lagi esoknya.
"aku datang bawa pemikiran wahai kesayangan Allah"
dan hari ini, datang angin sepoi sepoi bahasa
menenangkan dua insan yg bergelora.
lalu ia mendekati salah satunya.
seraya berkata, "dia masih berada dalam dunia 'pemikiran' pembawaan sang ujian wahai kesayangan allah"
dan angin sepoi sepoi bahasa memberi jalan untuk sejukkan dinginnya dia.
wahai Allah kesayangan kukimulu.
wahai Al Quran sahabat kukimulu
wahai Rasul Allah kekasih kukimulu.
terima kasih atas kehadiran sang ujian itu.
dan aku mohon serta merayu.
semoga hubungan yg baru dibina ini terus bahagia
serta
Kau keluarkanlah kami dari segala kesulitan
Kau senangkan kami melihat antara satu sama lain.
biarlah mata ini hanya melihat dirinya setampan yusuf
dan izinkanlah matanya hanya melihat diri ini seindah zulaikha
lalu tenanglah hati kami menatap antara satu sama lain.
amin ya rabbal alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan