Benar,
Aku sering dibanjiri air ini
Sejak bangku sekolah lagi
Di saat kanak kanak riang berlari bersama teman,
Aku di hujung tirai menangisi setiap isu yg terjadi.
Di saat kawan kawan bercerita kehebatan ibu dan ayah mereka,
Aku hanya mampu tersenyum melihat kaki
Walau aku cuba menceritakan perkara yg tidak terjadi,
Aku masih tidak pernah dapat nikmati,
Setiap kisah dongeng yg aku ceritakan tadi.
Tuhan,
Apa aku akan alami situasi alam yg sama seperti ini ?
Tidak wahai tuhan,
Aku tidak mahu ia terjadi padaku.
Cukup aku hanya saksi segala tragedi.
Cukup aku hanya mangsa dilepaskan segala emosi.
Jangan kau biar aku terus terluka lagi, wahai tuhan.
Izinkan aku nikmati alam bahagia.
Izinkan aku bertemu lelaki yg tiada menyakitiku seperti dia(ibu)
Izinkan aku wahai tuhan.
Aku ingin merasa indahnya rumahtangga.
Bahagia yg tak terkira.
Bukan seperti ibu yg menahan luka.
Bukan seperti ayah yg tiada tanggungjawabnya.
Jadikan aku insan lain tidak seperti ibuku.
Temukan aku insan lain bukan seperti ayahku.
Jika tiada di bumi ini, telanlah aku.
Adalah lebih baik aku kembali kepadaMu.
Tolonglah aku, wahai tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan