Ibu atau ayah
Yg mana kau ikut ?
Ibu atau ayah
Yg mana kau pilih ?
Ibu atau ayah
Yg mana kau sayang ?
Ya, aku sayang kedua mereka.
Tiada satu terkecuali.
Namun sejak kecil aku sudah terjebak dengan isu ini
Sehingga aku jadi serik bertemu insan bernama lelaki.
Malah aku juga takut utk menjadi seorang isteri.
Ya, serik.
Serik dan trauma melihat situasi.
Benar kata pakar motivasi,
Bila ibu atau ayah bercakar di depan anak,
Si anak akan mula takut dgn kehidupan itu.
Dan kini aku bakal melangkah ke alam itu.
Apa aku mampu ?
Adakah aku mampu mencari lelaki bukan seperti ayah ku ?
Dan menjadi seorang isteri bukan seperti ibuku ?
Hanya allah yg tahu.
Benar, aku semakin trauma.
Mohon jangan salahkan aku.
Kerana benar aku x mampu 😢
Tiada ulasan:
Catat Ulasan