Pengikut

Halaman

be yourself and stay happy with your life

Isnin, 18 Mei 2015

ikhtilat...aku ingin berubah...!

ya, susahnya nak berubah.

kau nampak macam senang nak berubah. tapi hakikatnya, banyak ujian perlu kau tempoh. tapi, bila kau kata kau NAK berubah, makanya kau akan SANGGUP tempoh segala ujian yang datang.

tak susah untuk orang macam aku yang dah terbiasa bergaul dengan lelaki *sebagai kawan* nak membuat 'gap' atau 'dinding' dengan dunia lelaki tu. lagi-lagi bila kau dah dibesarkan dengan dunia 'lelaki' sejak kau lahir lagi.

ya. aku dibesarkan dengan sepupu lelaki, abangku yang sulung juga sudah pasti lelaki, dan berkawan dengan sahabat-sahabat abangku serta sepupuku yang sudah tentunya juga dari golongan lelaki. jadi, bila aku cuba untuk membuat 'dinding' dengan dunia lelaki ini, memang agak payah pada awalnya. namun, alhamdulillah, hingga harini, aku telah berjaya mendelete segala follower lelaki, segala contact number lelaki, dan segalanya yang berkaitan lelaki.


kenapa?


nak aku kata kerana aku membaca buku tarbiah sentap itu juga bukan, tetapi mungkin kerana hidayah allah telah datang kepadaku dan tanpa rasa janggal aku membuat semua itu. *tapi ada lah dalam 2-3 orang yang aku tak mampu delete sebab terlalu rapat dan insya allah bakal di delete juga*

NAMUN, 

dalam proses 'hijrah' yang sedang aku lakukan ini, masih terselit dalam hujung-hujung hati aku tu nak berikhtilat jugak. macam aku cakap tadi, memang susah. tapi, kalau kau betul-betul NAK berubah, kau akan SANGGUP hadapi semua tu.

apa aku buat bila hati aku yang kadang-kadang bolak balik ni nak berikhtilat? aku bangun solat taubat dua rakaat. kadang-kadang lepas solat, aku terus solat taubat. bila memikirkan antara waktu solat terakhir aku dengan solat sekarang ni, ada otak aku ni terlintas nak berikhtilat, mesti aku buat solat taubat.

pada awalnya, memang kerap aku buat solat taubat. kejap-kejap pergi amik wudhuk, kejap-kejap pergi amik wudhuk. tapi percayalah, lama-lama hati kau tenang tanpa dosa*insya allah*. lagipun, apa salahnya kau sentiasa berwudhuk kan ? lagi bagus sebenarnya . 

kesimpulannya, kau yang nak berubah tu, kau yang nak mula jaga ikhtilat tu, teruskan..! jangan berhenti...! setan memang takkan duduk diam bila tengok kau berubah. tapi kau fikir balik, kau nak syurga atau neraka? pilih lah~

p/s : mohon doa korang untuk aku terus berubah. dan aku akan terus mendoakan korang yang nak berubah tu untuk kuat berubah dan korang yang tak terfikir nak berubah tu dapat hidayah untuk berubah. 

peringatan untuk diri sendiri jugak ni :) wallahualam.

*entri kalini warna pink sebab nak bagitau korang betapa kasihnya aku kat korang yang sama-sama doakan aku berubah dan mohon korang turut berubah* Pink kan tanda kasih sayang ^^

Jumaat, 15 Mei 2015

jari menari kata hati

Aku tidak punya dendam.
Aku tidak ingin berkira.
Aku ikhlas.

tapi...

kenapa kalian?
apa yang kalian dendamkan?
mengapa berbalas-balas dendam itu?

apa kalian dapat wahai kesayanganku?


moga allah tunjuk.
jika perlu untuk aku berundur.

Cerpen keluarga (Utamakan Keluarga Dulu) #4

"Hujung minggu ni ada kenduri kahwin kat rumah pak lang. Jangan pergi mana-mana pulak okay?" pesan ibu kepada Salmah.

"Ala, orang dah cakap dua minggu lepas, weekend ni orang nak tolong mak Farah, kakak dia nak aqiqah," balas Salmah sambil membuat muka cemberutnya.

"Hm, siapa keluarga Sal sebenarnya ni? Mak Farah tu minta tolong je. Maklang ni nak kenduri kena rewang-rewang semua. Siapa lagi nak tolong kalau tak kita, keluarga dia ni? Farah tu ada 12 beradik. Ramai je yang boleh tolong lagi. Utamakanlah keluarga ni dulu Sal," tegur Puan Aminah.

"Ala mak ni, Farah tu selalu ada dengan orang. Apa salahnya Sal tolong? Mak pergi jelah rumah paklang dengan maklang tu. Cakap je yang Sal ada hal lain," rungut Salmah lagi. Kali ini suaranya lebih tinggi nadanya berbanding biasa.

"Suka hati kau lah Sal. Nanti dah susah, taulah kau cari keluarga kau ni. Utamakanlah kawan kau tu. Mak nak tengok jauh mana dia ada dengan kau," balas Puan Aminah malas melayan kerenah anaknya yang jelas lebih mementingkan kawan-kawannya berbanding keluarga.

Dalam diam, Puan Aminah berdoa,
'Ya allah, kau tunjukkanlah kepada anakku Salmah betapa pentingnya keluarga berbanding kawan-kawannya itu. Amin'
********

"Sal, esok kau free tak? Aku nak ajak lepak kat Mid Valley. Semua gang kita ada," ajak Dila.

"Esok? Um. Mak aku ajak pergi dinner dengan family malam esok sebab abang-abang aku semua balik harini. Tapi takpelah. Demi kau, aku cancel jelah dinner tu. Lain kali boleh dinner lagi," putus Salmah tanpa rasa bersalah kerana memungkiri janji dengan emaknya buat kali yang entah ke berapa. 

'Mesti mak marah nanti ni. Ah takpelah. Abang Chik dengan Alang tu kalau keluar jumpa kawan boleh je. Kenapa bila aku nak lepak dengan kawan takboleh pulak. Lagipun bukan senang nak jumpa gang-gang aku ni. Diorang dah lah selalu busy. Ah ! Malas nak fikir.' bisik hati Salmah.
Di rumah, tanpa rasa bersalah, Salmah terus memberitahu Puan Aminah di hadapan AbangLongnya tentang ketidakhadirannya ke dinner yang telah ditetapkan oleh emaknya sejak seminggu lalu. 

"Kau ni, sibuk dengan kawan kau lah Sal ! Family kau selalu abaikan. Ingat senang ke nak dinner ramai-ramai macam ni. Ini pun nasib baik Abang Ngah kau balik jugak dari Sabah tu. Dia dah lah susah nak cuti dengan kerja dia yang macam apa je tu. Ni dia dah balik, semua dah kumpul, kau pulak nak lepak dengan kawan-kawan. Cuba utamakan keluarga kau dulu. Kawan-kawan tu nanti boleh jumpa. Kau susah nanti, bukan kawan-kawan tu yang tolong kau nanti," marah Abang Long Salmah yang terkenal dengan sikap garang dan tegasnya itu.

Puan Aminah hanya membiarkan sahaja Salmah dimarahi Abang Longnya. Sebenarnya, Puan Aminah telah tawar hati dengan sikap Salmah yang tak habis-habis mementingkan kawan-kawannya. Bila dilarang, ada sahaja dijawabnya. Itulah, inilah, macam-macam alasan diberi Salmah mempertahankan kawan-kawannya.

"Ala Abang Long ni, biarlah. Orang dah selalu dinner dengan mak. Abang Long semua tu je tak reti-reti nak balik. Pergilah dinner dengan mak. Orang nak keluar dengan kawan. Mak tu dah bosan agaknya tengok muka Sal je setiap kali dinner," lancang kata-kata Salmah.

Kali ini Puan Aminah menangis mendengarnya. Tidak pernah sekalipun dia bosan melihat muka anak-anaknya. Tergamak sungguh Salmah menuduhnya sebegitu sekali. 

"Kau jangan nak biadap Salmah ! Mak menangis dengar kau cakap macam tu. Tu tengok tu ! Insaflah dik oii. Utamakanlah keluarga kau ni. Kau sakit, kau mati nanti semuanya keluarga kau yang uruskan. Bukan kawan-kawan kau tu!" tengking Abang Long Salmah.

Salmah yang tetap dengan pendiriannya melebihkan kawan-kawan itu terus bangun menuju ke bilik tanpa menoleh sedikitpun kepada maknya. Egonya meninggi saat itu.

******


Keesokannya, Salmah tetap keluar dengan kawan-kawannya. Dia tidak menghiraukan sebarang pertanyaan yang ditanya oleh setiap abangnya semasa ingin keluar tadi. Baik Abang Ngah, Abang Chik, mahupun Alangnya. Semua dibiarkan tanpa jawapan.


Sedang dia melepak, tiba-tiba Salmah pening kepala lalu tumbang. Kawan-kawannya yang tadi sedang seronok berbual-bual tergamam melihatkan kejadian itu. Namun begitu, memikirkan tiket wayang mereka yang hanya tinggal 15 minit lagi, mereka hanya meminta pertolongan orang sekeliling mereka untuk menghantar Salmah ke hospital.

Kebetulan Mak Lang Salmah lalu di hujung meja tempat Salmah dan kawan-kawan melepak, dengan penuh rasa terkejut, dia pantas menghubungi Pak Lang Salmah untuk membawa Salmah ke hospital. Kawan-kawan Salmah pula tidak seorang pun yang mengikutnya ke hospital kerana masing-masing telah membeli tiket wayang 3D ketika itu. 

Dalam perjalanan, Mak Lang Salmah menghubungi Puan Aminah untuk memaklumkan peristiwa itu. Puan Aminah yang terkejut terus mengajak kesemua abang-abang Salmah untuk ke hospital. Dinner malam itu hanya dibuat di hospital sahaja oleh kerana Salmah ditahan wad untuk seketika kerana didapati tekanan darahnya rendah saat itu.

Apabila Salmah sedar, Mak Lang terus menceritakan semua yang berlaku. Salmah terkejut dengan tindakan kawan-kawannya yang sering dia utamakan itu. Tidak pernah dia sangka mereka akan membiarkan Salmah demi mengejarkan tiket wayang yang boleh ditonton di televisyen kelak. 

"Sudahlah Sal. Abang Long dah cakap, utamakan keluarga kau ni. Bukan kawan-kawan kau tu. Tengok, bila dah macam ni, ada diorang nak hantar kau ke hospital? Patut ke diorang minta orang sekeliling yang uruskan kau. Padahal diorang tu kawan kau. Nasib baik ada Mak Lang kat situ. Kalau tak, AbangLong pun tak tahu lah apa akan jadi kat kau," nasihat Abang Long dengan nada geramnya terhadap kawan-kawan Salmah.

"Betul tu Sal. Kawan-kawan kau tu tak guna namanya. Tak salah kau nak lepak dengan diorang, tapi utamakan keluarga dulu. Dengan diorang tu, bila kau tak ada apa nak buat, baru lah lepak. Ingat Achik tak tahu ke kau buat mak menangis semalam? Berdosa tahu tak?" tegur Abang Chik Salmah pula.

"Sudahlah, pergi minta maaf pada mak tu Sal. Lepasni, ambillah ni sebagai pengajaran. Utamakan keluarga dulu baru kawan-kawan," tambah Alang yang nyata lebih rapat dengan Salmah berbanding abang-abangnya yang lain.

Salmah hanya mampu tunduk diam memandang dirinya yang terlantar di hospital itu. Tiba-tiba dia teringatkan emaknya yang tidak berada di situ. Pantas dia bertanya kepada Alangnya. 

"Mak, maafkan Sal mak. Sal salah buat mak kecik hati dengan Sal. Maafkan Sal mak. Sal dah dapat balasanya. Lepas ni Sal janji akan utamakan keluarga dulu baru kawan-kawan Sal. Maafkan Sal mak," rayu Sal kepada Puan Aminah setelah dia memujuk abang-abangnya untuk membawanya berjumpa dengan Puan Aminah di luar bilik itu. 

"Mak maafkan nak. Jangan buat lagi sayang. Mak sayang dekat Sal. Banyak kali mak terasa hati dengan Sal bila Sal sibuk dengan kawan Sal. Lepas ni jangan buat lagi ya nak ya? Mak sayang Sal. Takpe. Mak dah ampunkan Sal. Moga Sal betul-betul insaf ya sayang?" balas Puan Aminah dalam sendunya. Rajuknya yang tadi telah hilang bila melihatkan keadaan Sal yang beria meminta maaf itu. 

p/s : Utamakan Keluarga Dahulu berbanding kawan, teman mahupun sahabat. Kerana apa? kerana kita lahir dari keluarga (perut ibu), insan pertama kita lihat di dunia adalah keluarga (mak ayah adik beradik), insan yang memberi kita makan adalah keluarga (mak dan ayah), perkataan pertama yang terpacul di mulut kita adalah keluarga (mak, ayah, papa, mama, mummy, daddy, ibu, abah). Oleh itu, muliakanlah keluargamu sebelum orang lain.

Pesanan untuk diri sendiri juga :)

Rabu, 13 Mei 2015

Cerpen sahabat (solat) #2

"Korang, kita pergi beli tiket wayang dulu ye, lepastu baru kita solat. Takut tiket habis nanti," beritahu Izzani kepada kawan-kawannya.

"Apa kata kita solat dulu, lepastu baru beli tiket? Aku takut Allah marah nanti," balas Amri nyata tidak setuju dengan cadangan Izzani.

"Alah, sekejap je kita beli tiket. Lepastu solatlah. Lagipun, nanti beratur panjang kat kaunter tu pulak. Ni sementara tak ramai ni, baik kita pergi beli dulu," jelas Izzani sedaya upaya memujuk kawan-kawannya.

"Takpelah Zani, kita solat dulu. Insya Allah ada keberkatan bila kita dahulukan Allah. Ini hanya untuk hiburan semata-mata. Marilah," pujuk Aqlan pula. 

Izzani memang terkenal dengan sikapnya yang keras kepala dan ego. Mereka telah bersahabat lebih kurang 3 tahun sejak hari pertama Aqlan dan Amri menyewa di bilik kepunyaan Izzani. Aqlan dan Amri merupakan seorang pelajar IPT yang mengambil kos Pengajian Islam manakala Izzani pula telah bekerja sebagai seorang dispetch di sebuah syarikat di tengah bandar. Walaupun status mereka berlainan, namun mereka sangat akrab. Hal ini kerana Izzani seorang yang peramah.

"Kalau macamtu, korang pergilah solat dulu. Aku nak queue ni. Nanti dah beli, aku jumpa korang kat surau. Sekejap je ni," putus Izzani lantas berlalu ke kaunter pembelian tiket.

Aqlan dan Amri hanya memandang sambil menggeleng kepala dengan sikap Izzani yang degil itu. Tanpa membuang masa, mereka terus menuju ke surau di bahagian dalam Food Court di Mid Valley Megamall yang terletak searas dengan wayang itu.

******
"Ya Allah, kau tunjukkanlah kepada sahabat kami, Izzani betapa pentingnya solat ini berbanding segala perkara di muka bumi ini ya Allah. Amin ya rabbal alamin."
Usai memberi salam, Aqlan dan Amri mencari kelibat Izzani. Namun masih tidak ketemu. Mungkin masih di kaunter pembelian tiket wayang tadi fikir mereka. Pantas keduanya mengatur langkah ke tempat mereka meninggalkan Izzani.

Sesampainya mereka di sana, kelihatan Izzani masih beratur di kaunter. Kurang lebih 15 minit kemudian, barulah giliran Izzani membeli tiket mereka.

"Apalah tadi, diorang break sekejap pergi solat. Tak nampak ke orang dah beratur panjang ni? Kalau ye pun nak solat, gantilah dengan yang non-muslim. Elok-elok 5 minit je aku kena beratur, dah jadi setengah jam. Huh ! Menyusahkan !" rungut Izzani ketika menyerahkan tiket kepada Aqlan dan Amri.

"Mestilah, diorang hormatkan waktu solat. Tu lah aku ajak kau solat dulu tadi. Kau taknak. Tengok yang beratur tu tadi semuanya non-muslim. Kau sorang je yang Muslim. Perasan tak?" balas Amri.

"Tu lah. Kalau aku ikut korang solat dulu tadi, Takde lah aku beratur lama-lama dan mesti sekarang ni aku dah selesai solat. Maafkan aku ya?" sesal Izzani.

"Takpelah Zani. Amik ni sebagai pengajaran. Bila kita dahulukan Allah, Allah akan dahulukan kita dalam pelbagai aspek. Kalau kita belakangkan Dia, Dia juga akan belakangkan kita," beritahu Aqlan sambil menepuk bahu Izzani.

"Lepasni, kejar solat dulu baru kejar tiket wayang ya?" gurau Amri.

Ketiga mereka terus tersenyum mendengarkannya.

"Sudahlah, kau belum solat lagi tu. Tiketnya pukul berapa?" tanya Aqlan.

"Alamak ! Lagi 15 minit lah. Macam mana ni? Sempat ke aku nak solat ni?" tanya Izzani. 

Aqlan dan Amri memandangnya sambil tersenyum penuh makna.

"Baiklah ustaz-ustaz sekalian. Aku pergi solat dulu ya?" pantas Izzani menjawab memahami senyuman mereka itu.

"Jangan solat tu compang camping pulak," pesan Amri.

*******

Usai solat, Izzani, Amri, dan Aqlan melangkah masuk ke dalam panggung wayang. Dengan kuasa allah, cerita yang mereka ingin tonton itu bermula apabila mereka telah duduk di sit masing-masing. Aqlan dan Amri memandang Izzani melihatkan keadaan itu.

"Tengok, kita tak lambat pun," ucap Amri.

"Baiklah. Maafkan aku. Terima kasih menyedarkan aku betapa pentingnya solat. Moga Allah merahmati hidup kalian." doa Izzani.

"Amiin...."


p/s : Ingatlah kawan-kawan. Walau apa keadaan sekalipun, dahulukanlah solatmu. Insya allah, allah akan mendahulukanmu. 

pesanan buat diriku juga . Wallahualam :)

Cerpen Sahabat (couple) #1

Aku terduduk merenung bait-bait katanya. 'Ah ! menyakitkan sungguh rasanya. Bagai ditikam sembilu. Aku yakin, ditikam sembilu pun tidak sesakit ini.'

Pantas Umairah keluar setelah dia melepaskan katanya. Mungkin keluar berwudhuk untuk menenangkan fikirannya. Selalunya begitulah. Katanya, marah ini kerja syaitan. Untuk menghilangkan rasa marah, berwudhuklah. Lalu solatlah sunat dua rakaat. Insya allah amarah yang membuak tadi akan kendur dan emosi kembali stabil.

BEEP BEEP !

Tanda WhatsApp masuk. Aku hanya menoleh ke telefon bimbit berjenama I-phone kepunyaan ku yang baru ku letakkan di atas meja selepas Umairah menegur aku dengan kata-kata sentapannya tadi. Terdiam aku seketika. Aku tahu penghantar WhatsApp itu siapa. Tidak ! Kali ini aku harus bangun. Bangun dari dosa yang tak terkira oleh pasir di dunia ini.

Pantas aku ke bilik air untuk mengambil wudhuk menunaikan solat sunat taubat. Aku kesal dengan apa yang aku lakukan tadi. Mengapa diriku yang tak mampu melawan nafsu? 'Ah ! Syaitan seringkali menghasut pemikiran aku. Aku menyesal Ya Rabbul Izzati.'

*******

"Ya Allah, aku hina ya Allah. Aku mengaku cintakanMu, tetapi dalam masa yang sama aku menagih cinta dari hambaMu. Ampunkanlah aku wahai tuhan yang aku sembah hingga akhir nyawaku. Aku sentiasa kalah dengan hawa nafsu yang sepatutnya aku kawal dengan iman dan akal yang Kau kurniakan ya Allah. Aku bertaubat kepadaMu."

******

"Alhamdulillah akhirnya kau sedar salah kau. Maafkan aku jika aku terlalu berkeras dengan kau tadi. Aku sebagai sahabat cuma tak mahu lihat kau terus terjerumus dengan dosa. Kau kata ingin sahabat hingga ke syurga? Maafkan aku ya, sahabat?" tegur Umairah mengejutkan aku dari belakang. Rupanya dia memerhatikan aku sepanjang aku menunaikan solat tadi.  

"Takpe lah weh. Kata-kata kau tu betul-betul menyedarkan aku. Terima kasih, sahabat. Aku sayang kau ke syurga," balasku pantas menariknya ke dalam pelukanku.

"Uhibbuki fillah," jawab Umairah ringkas.

*******

Dari luar bilik, kelihatan Fatin dan Nana yang memerhati dengan air mata yang bergenang. Nana merupakan sahabatku dibilik sebelah, manakala Umairah pula rakan sebilikku. Fatin adalah rakan sebilik Nana. Kami berempat menyewa di rumah Apartment murah di kawasan sekitar Bangi itu. Setahun sudah usia persahabatan kami. Alhamdulillah keempat-empat kami sering nasihat-menasihati antara satu sama lain. Aku bersyukur berada di dalam rumah yang mempunyai rakan yang tak henti menasihati aku yang jahil ini.

"Korang, makanan dah siap. Jomlah makan," pelawa Nana. Nana terkenal dengan kehebatannya dalam memasak. Al-maklumlah, selepas tamat SPM dulu, setahun dia di rumah hanya memasak dan mengemas sahaja. Dah macam suri rumah sepenuh masa lah katakan. Kikiki.

******

Seusai kami makan lauk ikan keli masak lemak cili api, telefon bimbitku itu berbunyi tanda ada panggilan yang masuk. Pantas aku berlari mendapatkannya lalu terhenti apabila melihatkan nama yang tertera di skrin telefonku. 

"Siapa yang telefon tu weh?" 
"Hm, dia." jawabku sepatah dengan rasa serba salah.
"Sudahlah Lina, biarkan je. Cakap kat dia, kalau betul-betul nak, mintaklah dengan cara yang baik. Jumpa wali kau, masuk meminang, kan ke lebih baik macamtu?" kata Fatin yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Aku jadi semakin serba salah. Tadi baru di'tarbiah' oleh Umairah gara-gara dia nampak aku bergayut dengan Firas. Terngiang kata-katanya tadi.

"Lina, kau nak jadi perempuan murahan ke, senang-senang bagi lelaki bukan muhrim kau dengar suara lunak kau tu? Kan ke baik kau simpan suara tu untuk zauj kau?"
Selepas sahaja aku mendengar kata-kata Umairah itu, pantas aku mematikan talian. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Terduduk aku tika itu.

Firas merupakan kenalanku tika aku berusia 16 tahun lagi. Dia acapkali menyatakan rasa sayang dan cintanya kepadaku, namun aku tidak pernah membalasnya. Walaupun begitu, bisikan syaitan seringkali buat aku jatuh dalam khayalan cintanya. Kali ini aku tidak mahu mengalah lagi. Aku sudah acapkali menunaikan solat taubat atas dosaku yang satu ini. Takkan aku ingin ulanginya lagi? Mahukah tuhan mengampunkan aku jika aku terus mengulangi dosa yang sama? Aku ingin taubat nasuha. 

"Assalammualaikum, maaf saya bukan Lina. Saya sahabatnya yang ingin bawa dia ke syurga. Jika saudara ingin membawa dia ke neraka, saya mohon saudara lupakan niat saudara itu. Tetapi jika saudara ingin sama-sama membawanya ke syurga, hentikanlah apa yang saudara buat sekarang ini. Ambil alamatnya, jumpalah walinya, dan kahwinilah ia. Selepas itu, saudara boleh buat apa sahaja saudara suka kerana ianya telah halal. Assalammualaikum."

TUTT !

Panggilan dimatikan. Kesemua yang berada di situ tergamam dengan tindakan drastik Nana yang bercakap begitu pantas tanpa titik noktah malahan koma dan tanda soal juga. Yang ada hanyalah tanda seru melalui suaranya yang sengaja dikasarkan ketika bercakap tadi. 

Setelah beberapa ketika kami semua senyap, akhirnya seorang demi seorang mula tersenyum tanda puas hati. Termasuklah aku. 

Sungguh aku terharu melihat kesanggupan mereka demi menyelamatkan aku dari terus terjebak dengan dosa yang sudah jelas lagi nyata. Dalam diam aku mendoakan moga mereka akan bersama-sama denganku di syurga sana. Bi iznillah. Amin. 

******

"Assalammualaikum, boleh saya dapatkan alamat rumah awak?" - Firas Firdaus.
Tanpa membuang masa, aku menaip alamat rumahku kepadanya. Moga akan ada keberkatan atas niatnya yang suci ini. 

Sejak dibangku sekolah lagi dia mengajak aku untuk ber'couple'. Namun dari masa ke semasa aku menolak kerana aku teringat nasihat seorang ustazah ketika aku berusia 13 tahun.

"Couple itu hukumnya HARAM. Perkara yang HARAM merupakan DOSA BESAR"
Begitulah kata ustazahku tika itu. Dan hingga kini, aku masih berpegang kepada ayatnya. Cuma adalah beberapa kali aku terbuai dengan pujuk rayunya. Nauzubillah. Berdosanya aku.

********

"Aku terima nikahnya Amalina Bt Amiruddin dengan maskahwin senaskah al-quran tunai"
Maka menangislah para syaitan dan iblis mendengarkannya. Alhamdulillah aku telah sah menjadi isteri kepada Firas Firdaus Bin Faris Fahmi.



p/s : kawan-kawan, ingatlah! bercouple itu tidak menguntungkan malah menambahkan dosa kita, Andai ada yang terjatuh ke lembah bisikan syaitanir rojim, Teruslah bertaubat. Insya allah, akan Allah pelihara hati kita dari perkara yang mendatangkan dosa. Biarpun acapkali kita menunaikan solat sunat taubat, asalkan kita benar-benar berusaha untuk bertaubat dengan taubat nasuha. 


Pesanan untuk semua dan untuk diri sendiri yang masih dinodai dosa. :) 

ujian

tidak mengapa.
setiap insan pasti diuji.
untuk lihat 'iman' mereka.

kau rasa kau dah beriman ?
mari rasakan ujian tuhan .
kita lihat iman kau bagaimana .

apa kau mampu tangani ?

jika kau masih tergapai mencari tuhan,
janganlah kau rasa bangga.
kerana kau tak mampu hidup tanpa tuhan di sini.

kata tuhan

saat diri mula menerima.
dia pula melangkah pergi.

apa salah nya datang dari ku lagi ?

mungkin tuhan kata,
itu bukan dia.
ada dia yg menanti.

tuhan suruh tunggu.
tuhan suruh perati.
jangan kau kesali
walau untuk satu detik lagi.


TERIMA--

duhai hati

Duhai hati, Jangan berhenti, sayang,
Perjalanan ini masih panjang,
Engkau ingin sejahtera, bukan?
Syarat bahagia saat pulang,
Bertemu Ilahi. 

Duhai hati, hakikat yang engkau perlu redha,
Jalan ini bukanlah mudah,
Kalau yang namanya mujahadah,
Kerana dalam sakit rasa itu,
engkau dijanjikan syurga. 

Duhai hati, Segalanya mungkin payah,
Tetapi ketahuilah, Andai benar kau ikhlas,
Pasti kau mampu menongkah,
Sejuta onak demi hijrah. 

Duhai hati, Bangkitlah kembali, Bangkit,
Tuhanmu menyambutmu, Penuh cinta tika ini,
Bangunlah, Raihlah sesungguhnya, rahmat Allah.
Ayuh, duhai hati. 

Kuatkan azam, Demi erti sebuah ikhlas.
‪#‎NUB‬. Bismillah Emotikon smile