Pengikut

Halaman

be yourself and stay happy with your life

Rabu, 13 Mei 2015

Cerpen sahabat (solat) #2

"Korang, kita pergi beli tiket wayang dulu ye, lepastu baru kita solat. Takut tiket habis nanti," beritahu Izzani kepada kawan-kawannya.

"Apa kata kita solat dulu, lepastu baru beli tiket? Aku takut Allah marah nanti," balas Amri nyata tidak setuju dengan cadangan Izzani.

"Alah, sekejap je kita beli tiket. Lepastu solatlah. Lagipun, nanti beratur panjang kat kaunter tu pulak. Ni sementara tak ramai ni, baik kita pergi beli dulu," jelas Izzani sedaya upaya memujuk kawan-kawannya.

"Takpelah Zani, kita solat dulu. Insya Allah ada keberkatan bila kita dahulukan Allah. Ini hanya untuk hiburan semata-mata. Marilah," pujuk Aqlan pula. 

Izzani memang terkenal dengan sikapnya yang keras kepala dan ego. Mereka telah bersahabat lebih kurang 3 tahun sejak hari pertama Aqlan dan Amri menyewa di bilik kepunyaan Izzani. Aqlan dan Amri merupakan seorang pelajar IPT yang mengambil kos Pengajian Islam manakala Izzani pula telah bekerja sebagai seorang dispetch di sebuah syarikat di tengah bandar. Walaupun status mereka berlainan, namun mereka sangat akrab. Hal ini kerana Izzani seorang yang peramah.

"Kalau macamtu, korang pergilah solat dulu. Aku nak queue ni. Nanti dah beli, aku jumpa korang kat surau. Sekejap je ni," putus Izzani lantas berlalu ke kaunter pembelian tiket.

Aqlan dan Amri hanya memandang sambil menggeleng kepala dengan sikap Izzani yang degil itu. Tanpa membuang masa, mereka terus menuju ke surau di bahagian dalam Food Court di Mid Valley Megamall yang terletak searas dengan wayang itu.

******
"Ya Allah, kau tunjukkanlah kepada sahabat kami, Izzani betapa pentingnya solat ini berbanding segala perkara di muka bumi ini ya Allah. Amin ya rabbal alamin."
Usai memberi salam, Aqlan dan Amri mencari kelibat Izzani. Namun masih tidak ketemu. Mungkin masih di kaunter pembelian tiket wayang tadi fikir mereka. Pantas keduanya mengatur langkah ke tempat mereka meninggalkan Izzani.

Sesampainya mereka di sana, kelihatan Izzani masih beratur di kaunter. Kurang lebih 15 minit kemudian, barulah giliran Izzani membeli tiket mereka.

"Apalah tadi, diorang break sekejap pergi solat. Tak nampak ke orang dah beratur panjang ni? Kalau ye pun nak solat, gantilah dengan yang non-muslim. Elok-elok 5 minit je aku kena beratur, dah jadi setengah jam. Huh ! Menyusahkan !" rungut Izzani ketika menyerahkan tiket kepada Aqlan dan Amri.

"Mestilah, diorang hormatkan waktu solat. Tu lah aku ajak kau solat dulu tadi. Kau taknak. Tengok yang beratur tu tadi semuanya non-muslim. Kau sorang je yang Muslim. Perasan tak?" balas Amri.

"Tu lah. Kalau aku ikut korang solat dulu tadi, Takde lah aku beratur lama-lama dan mesti sekarang ni aku dah selesai solat. Maafkan aku ya?" sesal Izzani.

"Takpelah Zani. Amik ni sebagai pengajaran. Bila kita dahulukan Allah, Allah akan dahulukan kita dalam pelbagai aspek. Kalau kita belakangkan Dia, Dia juga akan belakangkan kita," beritahu Aqlan sambil menepuk bahu Izzani.

"Lepasni, kejar solat dulu baru kejar tiket wayang ya?" gurau Amri.

Ketiga mereka terus tersenyum mendengarkannya.

"Sudahlah, kau belum solat lagi tu. Tiketnya pukul berapa?" tanya Aqlan.

"Alamak ! Lagi 15 minit lah. Macam mana ni? Sempat ke aku nak solat ni?" tanya Izzani. 

Aqlan dan Amri memandangnya sambil tersenyum penuh makna.

"Baiklah ustaz-ustaz sekalian. Aku pergi solat dulu ya?" pantas Izzani menjawab memahami senyuman mereka itu.

"Jangan solat tu compang camping pulak," pesan Amri.

*******

Usai solat, Izzani, Amri, dan Aqlan melangkah masuk ke dalam panggung wayang. Dengan kuasa allah, cerita yang mereka ingin tonton itu bermula apabila mereka telah duduk di sit masing-masing. Aqlan dan Amri memandang Izzani melihatkan keadaan itu.

"Tengok, kita tak lambat pun," ucap Amri.

"Baiklah. Maafkan aku. Terima kasih menyedarkan aku betapa pentingnya solat. Moga Allah merahmati hidup kalian." doa Izzani.

"Amiin...."


p/s : Ingatlah kawan-kawan. Walau apa keadaan sekalipun, dahulukanlah solatmu. Insya allah, allah akan mendahulukanmu. 

pesanan buat diriku juga . Wallahualam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan