Aku terduduk merenung bait-bait katanya. 'Ah ! menyakitkan sungguh rasanya. Bagai ditikam sembilu. Aku yakin, ditikam sembilu pun tidak sesakit ini.'
Pantas Umairah keluar setelah dia melepaskan katanya. Mungkin keluar berwudhuk untuk menenangkan fikirannya. Selalunya begitulah. Katanya, marah ini kerja syaitan. Untuk menghilangkan rasa marah, berwudhuklah. Lalu solatlah sunat dua rakaat. Insya allah amarah yang membuak tadi akan kendur dan emosi kembali stabil.
BEEP BEEP !
Tanda WhatsApp masuk. Aku hanya menoleh ke telefon bimbit berjenama I-phone kepunyaan ku yang baru ku letakkan di atas meja selepas Umairah menegur aku dengan kata-kata sentapannya tadi. Terdiam aku seketika. Aku tahu penghantar WhatsApp itu siapa. Tidak ! Kali ini aku harus bangun. Bangun dari dosa yang tak terkira oleh pasir di dunia ini.
Pantas aku ke bilik air untuk mengambil wudhuk menunaikan solat sunat taubat. Aku kesal dengan apa yang aku lakukan tadi. Mengapa diriku yang tak mampu melawan nafsu? 'Ah ! Syaitan seringkali menghasut pemikiran aku. Aku menyesal Ya Rabbul Izzati.'
*******
"Ya Allah, aku hina ya Allah. Aku mengaku cintakanMu, tetapi dalam masa yang sama aku menagih cinta dari hambaMu. Ampunkanlah aku wahai tuhan yang aku sembah hingga akhir nyawaku. Aku sentiasa kalah dengan hawa nafsu yang sepatutnya aku kawal dengan iman dan akal yang Kau kurniakan ya Allah. Aku bertaubat kepadaMu."
******
"Alhamdulillah akhirnya kau sedar salah kau. Maafkan aku jika aku terlalu berkeras dengan kau tadi. Aku sebagai sahabat cuma tak mahu lihat kau terus terjerumus dengan dosa. Kau kata ingin sahabat hingga ke syurga? Maafkan aku ya, sahabat?" tegur Umairah mengejutkan aku dari belakang. Rupanya dia memerhatikan aku sepanjang aku menunaikan solat tadi.
"Takpe lah weh. Kata-kata kau tu betul-betul menyedarkan aku. Terima kasih, sahabat. Aku sayang kau ke syurga," balasku pantas menariknya ke dalam pelukanku.
"Uhibbuki fillah," jawab Umairah ringkas.
*******
Dari luar bilik, kelihatan Fatin dan Nana yang memerhati dengan air mata yang bergenang. Nana merupakan sahabatku dibilik sebelah, manakala Umairah pula rakan sebilikku. Fatin adalah rakan sebilik Nana. Kami berempat menyewa di rumah Apartment murah di kawasan sekitar Bangi itu. Setahun sudah usia persahabatan kami. Alhamdulillah keempat-empat kami sering nasihat-menasihati antara satu sama lain. Aku bersyukur berada di dalam rumah yang mempunyai rakan yang tak henti menasihati aku yang jahil ini.
"Korang, makanan dah siap. Jomlah makan," pelawa Nana. Nana terkenal dengan kehebatannya dalam memasak. Al-maklumlah, selepas tamat SPM dulu, setahun dia di rumah hanya memasak dan mengemas sahaja. Dah macam suri rumah sepenuh masa lah katakan. Kikiki.
******
Seusai kami makan lauk ikan keli masak lemak cili api, telefon bimbitku itu berbunyi tanda ada panggilan yang masuk. Pantas aku berlari mendapatkannya lalu terhenti apabila melihatkan nama yang tertera di skrin telefonku.
"Siapa yang telefon tu weh?"
"Hm, dia." jawabku sepatah dengan rasa serba salah.
"Sudahlah Lina, biarkan je. Cakap kat dia, kalau betul-betul nak, mintaklah dengan cara yang baik. Jumpa wali kau, masuk meminang, kan ke lebih baik macamtu?" kata Fatin yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Aku jadi semakin serba salah. Tadi baru di'tarbiah' oleh Umairah gara-gara dia nampak aku bergayut dengan Firas. Terngiang kata-katanya tadi.
"Lina, kau nak jadi perempuan murahan ke, senang-senang bagi lelaki bukan muhrim kau dengar suara lunak kau tu? Kan ke baik kau simpan suara tu untuk zauj kau?"
Selepas sahaja aku mendengar kata-kata Umairah itu, pantas aku mematikan talian. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Terduduk aku tika itu.
Firas merupakan kenalanku tika aku berusia 16 tahun lagi. Dia acapkali menyatakan rasa sayang dan cintanya kepadaku, namun aku tidak pernah membalasnya. Walaupun begitu, bisikan syaitan seringkali buat aku jatuh dalam khayalan cintanya. Kali ini aku tidak mahu mengalah lagi. Aku sudah acapkali menunaikan solat taubat atas dosaku yang satu ini. Takkan aku ingin ulanginya lagi? Mahukah tuhan mengampunkan aku jika aku terus mengulangi dosa yang sama? Aku ingin taubat nasuha.
"Assalammualaikum, maaf saya bukan Lina. Saya sahabatnya yang ingin bawa dia ke syurga. Jika saudara ingin membawa dia ke neraka, saya mohon saudara lupakan niat saudara itu. Tetapi jika saudara ingin sama-sama membawanya ke syurga, hentikanlah apa yang saudara buat sekarang ini. Ambil alamatnya, jumpalah walinya, dan kahwinilah ia. Selepas itu, saudara boleh buat apa sahaja saudara suka kerana ianya telah halal. Assalammualaikum."
TUTT !
Panggilan dimatikan. Kesemua yang berada di situ tergamam dengan tindakan drastik Nana yang bercakap begitu pantas tanpa titik noktah malahan koma dan tanda soal juga. Yang ada hanyalah tanda seru melalui suaranya yang sengaja dikasarkan ketika bercakap tadi.
Setelah beberapa ketika kami semua senyap, akhirnya seorang demi seorang mula tersenyum tanda puas hati. Termasuklah aku.
Sungguh aku terharu melihat kesanggupan mereka demi menyelamatkan aku dari terus terjebak dengan dosa yang sudah jelas lagi nyata. Dalam diam aku mendoakan moga mereka akan bersama-sama denganku di syurga sana. Bi iznillah. Amin.
******
"Assalammualaikum, boleh saya dapatkan alamat rumah awak?" - Firas Firdaus.
Tanpa membuang masa, aku menaip alamat rumahku kepadanya. Moga akan ada keberkatan atas niatnya yang suci ini.
Sejak dibangku sekolah lagi dia mengajak aku untuk ber'couple'. Namun dari masa ke semasa aku menolak kerana aku teringat nasihat seorang ustazah ketika aku berusia 13 tahun.
"Couple itu hukumnya HARAM. Perkara yang HARAM merupakan DOSA BESAR"
Begitulah kata ustazahku tika itu. Dan hingga kini, aku masih berpegang kepada ayatnya. Cuma adalah beberapa kali aku terbuai dengan pujuk rayunya. Nauzubillah. Berdosanya aku.
********
"Aku terima nikahnya Amalina Bt Amiruddin dengan maskahwin senaskah al-quran tunai"
Maka menangislah para syaitan dan iblis mendengarkannya. Alhamdulillah aku telah sah menjadi isteri kepada Firas Firdaus Bin Faris Fahmi.
p/s : kawan-kawan, ingatlah! bercouple itu tidak menguntungkan malah menambahkan dosa kita, Andai ada yang terjatuh ke lembah bisikan syaitanir rojim, Teruslah bertaubat. Insya allah, akan Allah pelihara hati kita dari perkara yang mendatangkan dosa. Biarpun acapkali kita menunaikan solat sunat taubat, asalkan kita benar-benar berusaha untuk bertaubat dengan taubat nasuha.
Pesanan untuk semua dan untuk diri sendiri yang masih dinodai dosa. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan