Pengikut

Halaman

be yourself and stay happy with your life

Isnin, 16 November 2015

Skizo.

Satu nama penyakit yg aku belajar satu masa dulu.
Mungkin aku tergolong dalam kelompok ini.
Atau mungkin aku ini ‘dah nak mati’
Aku harap ada di antara dua ini.
Kerana hidup ini kosong.
Bilamana keluarga yang kau ada bagai tiada.

Di mana keluarga ku satu ketika dahulu.
Di saat aku sakit teruk.
Aku menanti keluarga ku yang itu.
Atau perlu aku sakit lagi seperti itu.
Kemudian barulah aku dapat keluarga ku itu.

Tuhan, kepala ini sarat.
Air mata bagai air terjun.
Apa bisa aku keluar dari tempat ini tuhan?
Aku ingin hidup di tempat yang baru.
Sebagai seorang yang baru.

Moga dengan ‘hilang’nya aku,

Mereka sedar dan aku juga begitu.

Hormat

Aku mula biadap.
Aku mula menjawab.
Aku mula merungut.
Dan aku mula buat perangaiku.
Semua kerana hilangnya rasa hormat ku terhadap kalian.

Apa kau tahu apa ku rasa ?
Aku rasa hilang segalanya kini.
Tiada lagi kau yang aku cari saat aku sedih.
Pendengar setia cerita-ceritaku sepanjang hari.

Tiada lagi kau yang buat aku ketawa.
Dengan lawak bodoh kau yang selalu dimarahi dia.
Tapi takpe, aku bahagia.

Sekarang ?
Aku bercerita, kau sibuk hadap cermin di tangan kau yang takboleh bercakap itu.
Heboh hadap ia hingga kau abaikan aku di hadapanmu.
Benar kata di radio. Waktu kau bukan di alam maya. Tapi di alam reality.
Tapi kau ?
Heboh dengan alam maya. Hingga terabai yang di reality.
Apa kau tahu ?


Ah ! aku rasa nak pijak alam maya dalam hidup kau supaya aku dapat kembali kan kau ke dunia reality.

Perhatian


Pagi ni kau bising lagi.
Kata kerja itu aku tak buat, kerja ini aku tak sempurnakan.
Apa kau ada Tanya apa aku buat semalam ?
Kau tahu aku demam bukan ?
Tiada pertanyaan yang keluar dari bibir kau.
Lalu kau sembur aku dengan hinaan dan cacian.

Aku lapar. Kerana itu aku keluar.
Kau tahu aku malas untuk keluar sebenarnya.
Tapi aku lapar.
Aku cuba bertahan menunggu kepulangan kalian.
Namun kalian terlalu lambat untuk ditunggu.
Jadi aku keluar.

Sesampai je aku di sana,
Hujan tak berhenti.
Bagaimana bisa aku pulang ?
Meh kabo ke aku.

Apa kau rasa aku tak buat apa- apa kerja?
Cuba kau tengok air kat dapur siapa yang isi ?
Cuba kau tengok singki tu telah dibersihkan.

Kau rasa aku mampu nak siapkan segalanya seharian?
Kemas barang aku.
Cari sijil aku yang kau heboh kan.
Sidai baju.
Kemas-kemas rumah.
Kau ingat  aku mampu nak buat dalam keadaan aku yang tengah demam ?

Sorry,
Aku memang dah hilang hormat dekat kalian.
Aku tahu ini dosa.
Tapi aku benar benar tak mampu.

Aku tak bahagia di rumah ini.
Rumah ini bukan lagi syurga yang ku rasa dahulu kala.
Namun ia bagai neraka yang menyiksa batin aku setiap kali aku berada di dalamnya.
Apa kau tahu itu ?

Aku harap kau bacakan ini.
Tapi aku tahu ia tak mungkin kan terjadi.
Kerana ini Cuma dalam simpananku.
Bukan untuk semua yang aku sendiri taktahu.

Aku kecewa punya ini sekarang ini.
Aku rindu kita yang dulu.
Bahagia. Aman. Sentosa.
Hingga kadang aku merasa tidak perlu rumah sebesar ini jika isinya bagai kosong tiada penghuni.
Cukuplah rumah sekecil pondok namun ia disaluti kebahagiaan kekal abadi.

Sumpah aku merindui kita yang dahulu.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Janji

Janjimu itu tetap janji.
Tutup matamu.
Pekakkan telingamu.
Lihat yang indah sahaja.
Dengarkan yang baik.

Nyah kan yang lainnya.
Kerana kau perlu berpegang pada janji.
Janji pada dirimu dan Dia;allah

Teruskan melangkah dengan senyuman.
Lihatkan yang indah tuhan tetapkan.

Lalu ucapkan, Alhamdulillah J

Ini kali

Untuk ini kali,
Tolonglah wahai diriku.
Ikut apa yang dia mahu.

Untuk ini kali,
Tolonglah wahai diriku.
Utamakan dia yang terdahulu.

Untuk ini kali,
Tolonglah wahai diriku.
Doakan dia selalu.

Untuk ini kali,
Tolonglah wahai diriku.
Jangan ikutkan egomu.

Untuk ini kali,
Tolonglah wahai diriku.
Sabar dan ikutkan dia selalu.


Untuk ini kali sahaja wahai diriku.

Untuk dia yang ku cinta.

Hancur.
Lebur.
Diam.
Kaku.
Entah itu kah rasaku?
Bagai dikunci bibir ini.
Dimasukkan emas permata.
Hingga tiada sekelumit kata.

Diam.
Bisu.
Senyap bagai di hutan lipur.
Terpandang aku lama tulisan itu.
Sahih atau tidak.
Hendak dipercaya atau biarkan.
Namun aku khuatir sesal pula di kemudian.

Kau bagai memberi satu kata tamparan.
Namun hati ini ada yang tidak dilepaskan.
Terpendam jauh ke dalam.
Semuanya.

Tuhan.
Panjangkan umurnya.
Sihatkan tubuh badannya.
Biarkan aku saja yang menanggunggnya.
Jangan kau seksa dia yang ku cinta.
Malah dia juga yang mencinta.

Aku rela berganti nyawa.
Andai itu tertulis takdirnya.
Biarkan aku saja menjadi penggantinya.
Tapi bukan dia.

Dia diperlukan lagi.
Untuk si kecil yang masih mentah.
Sedang aku tiada gunanya.
Di dunia bagai penuh dosa.
Pahala entah ke mana.
Hanya ku mahu restu darinya.
Redha dari dia yang mengeluarkan aku.
Itu penting buatku.

Tuhan.
Gantikan aku dengan dia.
Jangan biar dia bertarung sendirian.
Izinkan aku yang merasa.
Kerana aku yang berdosa.

Jalan tuhan

Tuhan,
Di saat aku hilang arah,
Di saat aku mula mengagau mencari kebenaran,
Di saat aku bergelumang dengan kejahilan,
Kau hadirkan hamba-hambaMu untuk menghulur tangan.
Kata Kau, aku tersilap jalan.
Jalan ku penuh liku.
Lalu Kau tunjukkan padaku jalan yang benar.
Katanya jalan ini mudah ke sana;syurga.

Lalu aku bertanya padaMu tuhan;
Mengapa tidak kau matikan saja jalanku itu?
Mengapa tidak kau akhiri liku itu?
Mengapa kau tarik aku ke jalan lain?

Dan Kau menjawab;
Kerana belum masanya aku dipertemukan dengan hujung jalan.
Dan kerana bekalan di bagasiku masih kosong untuk di bawa ke sana.
Juga kerana Kau ingin aku dipertemukan dengan hujung jalan yang benar bukan berliku.

Tanpa ku sedari,
Rembesan mata mula menerjah keluar.
Tuhan menyayangi ku.
Terima kasih tuhan.

Lupakan

Teringat, istighfarlah.
Terngiang, istighfarlah.
Terbayang, istighfarlah.
Balik ke Dia yang setia membuatmu tersenyum.

Lupakanlah segala hal.
Ingat ke Dia.
Lupakan segala perkara.
Balik ke Dia.
Percayalah kau akan lebih bahagia.

Dengan terus dekat padaNya;Allah

Aduan

Tuhan,
Aku hilang arah tujuanku.
Tunjukkan ku jalan.
Tuhan,
Ku jatuh kelemasan.
Bantu ku bernafas.

Tuhan
Ku hilang pedoman,
Pinjamkan  ku kekuatan

Tuhan,
Aku hina dimata semua,
Hilangkan aku dari mata itu.

Tuhan,
Kejamnya diri ini.
Berikan keampunan.

Tuhan,
Aku mengadu kini.
Setelah puas aku menikmati kehidupan.
Kini aku mula mencariMu.

Teruknya aku, tuhan.

Dosa

Dosa itu menyelubungi setiap hariku.
Ia hadir tanpa jemu.
Walau kemaafan sudah ku pohon.
Ku tahu kesannya masih dalam pada dirimu.

Apa aku mampu ulang semula kisah itu?
Apa kau punya mesin undurkan waktu?
Atau aku akan terus disini dihantui itu ?
Lebih baik aku mati.
Dari ia dibelenggu terus-terusan begini.


Matikan aku.

Pengampunan


Tuhan,
Apa tiadakah pengampunan untuk insan seperti ku?
Apakah aku akan terus bergelumang dengan rasa yang tidak nyaman ini?

Tuhan, mengapa aku masih dihidupkan, tuhan?
Jika hidupku hanya akan menyakiti mereka yang menyayangiku.

Tuhan, mengapa mereka berterusan menyalahi aku, tuhan?
Apa tiada sedikitpun rasa ampun dan maaf dari mereka buatku?

Tuhan, jika ini benar.
Aku rela mati.
Aku rela menemu ilahi
Dari terus di dunia ini.
Melakukan 1001 dosa lagi.
Menyakiti mereka lagi.

Tuhan,
Aku tidak punya siapa-siapa.
Aku Cuma punya Kau tuhan.

Tuhan,
Apa aku benar dalam kemurungan?
Jika benar, kembalikan aku kebahagiaan.
Pulangkan aku ke pangkuanMu tuhan.

Sungguh tiada dayaku, tuhan.
Tidak sanggup rasanya aku begini berterusan.
Selagi mana aku terus dipersalahkan.
Biarlah aku mati, tuhan.

Tuhan,
Salahkah aku ingin menegur kesalahan?
Apa caraku itu salah?
Bagaimana lagi tuhan?
Ku tak punya daya.
Ku tak punya kekuatan.

Tuhan,
Aku akui segala kesilapan.
Ambillah aku tuhan.
Jadikan aku yang baru.
Atau mungkin, biar aku pergi tanpa kembali.
Tidak tertanggung rasanya segala dosa ku ini.

Tuhan,
Kau maha mendengar.
Lagi maha melihat.
Dan mengetahui segala sesuatu itu.
Bantulah aku tuhan.
Sungguh ku tak punya daya lagi.
Aku bagai dibayangi mimpi ngeri.

Tuhan,
Sedarkan aku.
Atau matikan aku.
Tiada dayaku lagi untuk meneruskan hidup ini.

Biarlah aku pergi menghadapMu
Biar aku menjawab atas setiap segala salah lakuku.


Aku menyesal.

Rasa ini

Rasa ini kau tahu?
Tiada walau sedikitpun ketenangan.

Rasa ini kau tahu?
Terus-terusan menyesali perbuatan.

Rasa ini kau tahu?
Bagai ingin ku akhiri sebuah kehidupan.

Rasa ini kau tahu?
Umpama tiada lagi gunanya aku di muka bumi ini, tuhan.

Tiada apa yang bisa membantuku
Selain tuhanku yang satu.


Aku pergi~

Takdir 2.0

Cukuplah kau sudah berusaha.
Usahalah kau bertahun lamanya.
Jika Dia kata ‘tidak’ maka tidak lah jawapannya.

Namun jangan kau putus harap; doa
Peganglah ayat ‘kun fayakun’Nya.
Tiada apa yang boleh melawan;takdir
Selain dari doa seorang mukmin/ah.
Jadilah, maka jadilah.

Tuhan dengari mu sayang;doa
Tuhan lihatimu intan;doa
Tuhan ketahuimu permata;doa
Itu sahaja jawapan yang ada.
Jangan kau putus berdoa.


Tabahlah hati.

Takdir


Bila yang namanya takdir itu
Adalah setelah kau berusaha untuk membaik pulih,
Namun ia bagai tersekat di situ
Dan tiada penyelesaian.

Anggaplah itu takdir tuhan
Yang tak bias kau ubah lagi.
Melainkan tuhan izinkan kau ubah.

Namun ia takkan pernah berubah
Kerana ini namanya takdir.
Dan aku harus menerima; takdir
Walau ia menyiat setiap inchi sudut hatimu.
Yakinlah Dia lebih tahu
Yang lepas, kini dan akan datang.
Anggaplah ia baik untukmu wahai hati.


Aku berserah setelah berusaha.

Tuhan;Allah


Tuhan itu adil.
Dia takkan uji kau kalau dia tahu kau tak mampu.

Tuhan itu bijaksana.
Dia takkan uji kau kalau bukan kerana ingin naikkan martabatmu.

Tuhan itu penyayang.
Dia takkan uji kau kalau tak kerana sayangnya Dia ke engkau.

Tuhan itu pemaaf.
Dia takkan biar kau buat dosa untuk kau mintak kemaafan ke Dia;Allah.

Kerana, tuhan itu ada 99 sifatnya.
Moh balik ke Dia;Allah.
Dia rindukan tangisanmu sayang.
Moh nangis ke Dia.

Sengaja Dia hilangkan bahumu;teman
Kerana ingin kau kembali ke pangkuannya;sujud
Kembalilah sayang.

Dia merinduimu lebih dari hambaNya merindu.

Isnin, 14 September 2015

#rindu

kerana aku rindu.
aku rindukan belaianmu.
belaian yang mungkin semakin hilang di telan masa.
atau mungkin hilang sejak munculnya dia.

tapi ku tetap rindu.
kerana darahku dan darahmu bersatu.

sumpah, aku rindu!

salahkah aku

mungkin akan kau kata aku lah si derhaka.
tapi salahkah aku yang mencuba?
niat di hati mempertahankan hak di sisi.
kau milikku. dan aku milikmu.
dia? bukan siapa-siapa di antara kita.

salahkah aku yang mencuba mempertahankan hubungan ini?

Selasa, 1 September 2015

Tuhan punya kuasa


Bilamana aku punya orang yang membantu.
Hati riang tuhan yang tahu.

Tapi tuhan kata,
Aku pinjamkan dia hanya untuk seketika.
Selebihnya kau hadap kembali.
Sambil-sambil kau serah pada Dia.

Aku kembali kesepian.
Membuat segalanya sendirian.

Biarlah ku begini hingga ke akhiran.

Tidak mampu


Tiada dayaku untuk memaksa.
Bilamana aku mula memaksa.
Pastikan bertelagah.
Apa kau fikir aku tidak penat bertelagah?
Sepanjang masa.
Setiap kali adanya urusan seperti itu.

Apa aku mampu?
Buat sahaja mana yang perlu.
Kerana tuhan itu tahu.
Tinggi markahnya kini,
Kelak kan terbukti.
Kita pun tidak pasti.
Biar tuhan yang beri.

Kau?
Duduk di tepi.
Berdoa jangan berhenti.


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Kalau kau tahu


Kalau lah kau tahu aku yang hadap,
Kalau lah kau tahu aku yang lakukan,
Kalau lah kau tahu segalanya di tanganku,
Kalau lah kau tahu semuanya hasilku,
Entah apa kata kau pada mereka.

Tapi,
Benda ‘kalau’ memang sukar untuk terjadi.


Berkalaulah dikau sehingga ke sudah.

Kerana terpaksa ku relakan


Aku tahu ada antara kalian yang terasa.
Namun ketahuilah, ini semua kerana terpaksa.
Bukanlah ianya kerana rela.
Atau mungkin ia kehendak yang sekian lama.
Bebas dari mana-mana.


Aku pergi dengan rela.

Soalan tanpa jawapan


Sengaja ku coretkan disini.
Kerana ku yakin kalian tidakkan membaca.
Bukan sengaja ku membiarkan kalian terkapai-kapai.
Tercari-cari dimana jawapannya.
Namun, ini semua sudah tertulis.

Moga kalian jumpakan ini.

Coretan kali ini hanya buat kalian.

Puisi jalanan


Andai satu hari nanti kalian kan perasan.
Aku mohon berjuta kemaafan.
Tiada dayaku untuk menceritakan.
Segalanya tentang kehidupan.


Inilah aku si penulis puisi jalanan.

#kehidupan


Aku tidak seperti kalian.
Aku punya perkara yang perlu diselesaikan.
Bukan hanya focus kepada pelajaran.
Tetapi juga kepada mereka yang ku tinggalkan.

Aku pergi bukan untuk berlari.
Apatah lagi lari dari sisi.
Aku masih disini
Memerhatikan setiap gerak geri.
Mendengar dan menghayati setiap yang terjadi.

Cuma aku bukan lagi seperti yang kalian kenal setahun yang lalu.

Maafkan aku.

#pergi


Kerana aku tahu kemampuanku.
Kerana aku tahu permasalahanku.
Kerana aku tahu kalian tidak bisa membantu.

Oleh itu,
Aku mengambil keputusan untuk pergi.
Meninggalkan kalian di situ.
Dan biarlah aku hadapi ia sendiri.
Kerana kalian tidakkan bisa membantuku.


Maafkan aku.

#memoir


Segala yang kau tinggalkan disini.
Conversation yang ada.
Semuanya.

Ya, semua nya adalah memori indah untukku.

Moga ketemu lagi.

#misteri

Tidak pernah bertegur bersemuka.
Semua hanya di laman sosial.
Namun entah kenapa.
Sayu pula rasanya.
Bila mengenangkan.
Pemergian kau dalam waktu terdekat ini.
Kurang satu tahun.

Aneh.
Sebak dirasa.
Satu sem Cuma.
Waktu yang berbaki.
Berpeluangkah dikau mengenali.
Diriku yang sering mengganggumu ini.

Biar masa menentukan ia.
Cukup bertahun di alam maya.
Moga kau berjaya.


Sahabat.

#ijazah


Gulungan itu impian ibu
Melihatku bersama jambangan bunga.
Takkan pernah aku mensiakan ia.


Ini semua demi memenuhi impian yang satu itu.

#MrsLonely


Aku pergi demi kau.
Aku pergi demi keluargaku.
Aku pergi demi masa depanku.

Selangkah aku bermula,
Selamanya tidak kan ku toleh semula.

Semoga dikau sedarkan ia.
Maafkan aku pergi dengan cara ini.


Aku melangkah pergi.

Sabtu, 29 Ogos 2015

#kemarahan

aku sanggup mati demi keluargaku.

itu janji.
tulus.
ikhlas dari hati.

kau yang ingin menghancurkan ia,
mohon lupakan sahaja.
atau mungkin,
kau mati di tangan aku.

Khamis, 27 Ogos 2015

Tak dapat apa.



Kau nanges bagai nak rak pun. Tak dapat apa.
Kau meraung pun. Dah tak guna.

Takpe, Dia kan ada ?
Pergilah kau tenangkan hati dengan Allah yang esa.
Dia tahu apa ubat paling mujarab nak bagi ke kau.

Sudah-sudah !

Bangun pergi cerita ke Dia.

Fahami aku.


Aku bukan golongan seperti kalian.
Aku bukan datangnya dari yang kaya-kaya.
Aku juga bukan hadir ke sini untuk berfoya-foya.

Kerana aku sedar keluarga ku bagaimana.
Aku tahu susah payah ibu ayah ku mencari uang buat aku teruskan belajar.
Aku tidak pernah lupa impian ibuku yang ingin lihat ku menggenggam segulung ijazah.

Oleh itu aku mohon,
Kau. Kau. Dan kau juga.
Fahami aku.

Aku undur diri.

Jangan



Jangan sampai tiba waktunya aku berhenti
Jangan sampai hadir saatnya aku pergi.
Jangan biar hingga aku terlalu luka.

Kerana aku terlalu sudah puas merana.
Terlalu kerap kecewa
Terlalu serik untuk hadapi lagi.
Segala sengsara.

Cukup !
Berhenti sebelum aku undur diri.

Noktah.

Fikir


Berguna atau diguna?
Penting atau enteng ?
Termenung sejenak.
Layak diletak di kaki atau di hati?
Biar masa yang menentukan.

Saat itu jangan ada titisan kelihatan.

#picisan1



Aku marah tiada guna.
Bilamana aku hantar. Dia balas. Tapi tersekat di tengah tengah.
Siapa harus dipersalahkan ?

Aku ?
Dia ?
Atau yang tersekat itu ?


Bersabarlah hati~

Tadi


Tadi dia kata aku berbakat.
Tapi pada aku tidak.
Aku Cuma gemar menarikan jariku di atas papan ini.
Meluahkan segala rasa.

Kerana hanya papan ini
Bisa membantu aku mengeluarkan segala rasa.
Dari pelusuk hati hingga ke jantung barangkali.

Aku senyum.
Sambal memikir, benarkah aku ingin mencuba?

Tengoklah nanti~

#sinetron1


Turunlah nak bagi kuih raya.
Alahai, demam pula.

Turunlah, nak bagi ubat selesema.
Alahai, merah mukanya.

Turunlah, ke klinik ke kita.
Alahai, berdua ke mereka.


Ini semua sinetron poyo namanya.

EGO



Apa aku masih salah lagi?
Tuhan, katakan padaku.
Jika masih aku lagi bersalah.

Telah ku ungkap kata-kata maaf pada mereka, tuhan.
Namun, apa balasan dari mereka?

Tidak mengapa, tuhan.
Aku masih punya Allah yang satu.

Cuma Engkau yang tahu rasaku.
Aku mengikut saja kehendakMu tuhan.

Katakan padaku apa lagi perlu aku lakukan.
Akan ku turutkan, tuhan.



Kerana hati


Bila yang namanya sayang itu,
Pastinya ini marah itu akan reda.

Kerana apa ?

Kerana hati dah sayang.

Isnin, 6 Julai 2015

sebab rindu

sebab rindu.

doa melalui hati

tuhan,
apa benar kau sampaikan padanya ?
seringkali ku ungkap nama itu,
pasti ia kan muncul.

tuhan,
air ini bergenang di kelopak.
kolam mata memenuhi ruang.
penuh. terlalu penuh.
hingga tak mampu ku tampung.

tuhan,
aku rindu dia.

masa lalu

apa bisa aku kata aku rindu?
atau mungkin nak kata aku kejam?
kerana aku masih keliru.
lihat kau, aku tak mampu nafi kata hati ini.
lihat kan dia pula aku terdiam mungkin dia pilihan ibuku.
apa aku mampu kata ?

apa bisa aku kata aku rindu?
rindukan kau yang dulu.
rindukan suara itu suatu masa dulu.
rindukan sendamu yang tak henti.
ah! aku rindu.

kejamkah aku?
lihatkan kau terus memberi harapan.
ataukah aku yang mengharap?
jika itu,
aku undur.
sakitnya jika aku yang berharap.


cukup ku kata, aku rindu.

Selasa, 30 Jun 2015

hebatnya wanita

lelaki dan perempuan
ada satu perbezaan yang ketara ; emosi
lelaki tak ada
tapi perempuan sentiasa beremosi
kenapa?
dah tuhan jadi kan begitu.
jangan kau tanya soalan 'kurang bijak' itu

tuhan jadikan wanita begitu
pasti ada penawar masalah itu ; tangisan
jadi  jangan kata 'perempuan ni lemah'
atau terdetik 'perempuan ni cengeng'
sebenarnya perempuan ini lebih kuat dari kau yang rasa cukup sado tu.
kau tahu kenapa?
kerana emosi ini sama dengan berperang.
berperang dengan perasaan.
apa kau ingat perang yang ini senang ?

kalau perang lelaki ada senjatanya.
tapi perang perempuan cuma ada air mata sahaja.
senjata lelaki itu pelbagai bukan ? ; pistol senapang bom dan banyak lagi
senjata perempuan satu tu je.
jadi kau rasa siapa yang cengeng sekarang ?
jadi kau masih fikir perempuan itu lemah ?

untuk kaum perempuan (hawa)
meh dengar nasihat ni.
jangan kau malu untuk mengeluarkan senjata kau tu ; air mata
kenapa?
sebab itu je caranya bisa bantu kau kuat .
bangun dari jatuh yang teruk.
dan kau tahu keajaiban air itu ?
ia bukan saja menyiram muka kau yang bermasalah tu.
tapi ia juga menyiram hati kau yang gundah
turut dia siram perasaan kau yang pelbagai itu
hebat bukan ?

jadi, 
banggalah jadi kaum perempuan (hawa)
kerana hawa itu penguatnya si adam.

Khamis, 18 Jun 2015

ijukkaka.

kelu. terdiam. terkaku aku di situ. jika ada sahabat-sahabat berada di sisiku, pasti ayat lazim ku keluar,'mereput kau ke tepi longkang sana'. dan ini kali, ayat itu untuk aku pula. ah ! tuhan menguji di saat begini. syaitan dah tiada. apa kau sebenarnya manusia bertopengkan syaitan itu?

azan.

insaf seketika.

moh kita solat pula. moga tuhan tenangkan jiwa :)

Rabu, 17 Jun 2015

1 ramadhan ^_^

pagi ramadhan al-mubarak.
dipenuhi dengan sebuah senyuman.
entah kenapa.
pantas bibir ini mengukir ia.
terimakasih atas pesanan itu.

malam ramadhan.
hati ini rasa tenang.
setenang tenangnya.
gembira rasa hati.
tidak pernah ku alami.
selama bertahun ku hidup di alam ini.

entah kenapa.
ramadhan kalini terasa lainnya.
moga ia ramadhan yang terbaik.
dan dipenuhi amalan yang banyak.

tuhan,
aku ingin beramal keranaMu.
aku ingin kejar segala pahala yang ada di bulan muliaMu ini.
apa kau izinkan, tuhan?

Terimakasih <3

#kata

Azan bergema.
Dan aku masih mereput di tepi pantai.
Mencabut satu persatu sticker yang tertampal.
Satu per satu ku urai.
Namun masih ada kesan tampalan.

Takpelah,
Nanti aku cuci pakai Clorox.

Kasi hilang semua sekali.

sakitnya rindu

Lagu ini.
Didendangkan dia.
Hingga aku senyum ke telinga.

Call-karaoke.
Duduk mereput tepi dinding-menangis.
Tuhan saja tahu rasa aku.

Kau?
Mereka?
Mampu Nampak aku begitu sahaja.
Tanya-aku ketawa.
Kataku ini cinta;bahagia.
Namun ini derita;hati seksa.

Alasan untuk aku bahagia?
Apa aku mampu bahagia?
Dengan adanya sticker kau di seluruh cerita hidup aku.
Kau rasa aku mampu?

Baling batu.

Nah itu rasaku.

rindukan dia, bilang ke Dia.

Aku rindu.
Tapi, apa mungkin aku mampu?
Hati si dia, Dia yang pegang.
Jika kata Dia, dia bukan milik aku.
Apa bisa aku bantah ?
Tidak.

Duduk.
Doa.
Usaha.
Dalam diam perhati dengan hati.
Moga dia jadi milik aku.
Jika dia yg paling baik buat aku.

Akhirnya.

Tuhan,
Setelah brp lama ku tunggu,
Setelah diriku telahpun melangkah,
Saat diriku mula ingin menjaga ikhtilat.
Ku dapat berita ini.

Tuhan,
Apa ini ujianMu ?
Atau kah ia petunjukMu ?

Tapi tuhan,
Aku masih tetap mahu menjaga ikhtilatku, tuhan.
Aku mohon kau kuatkan aku.

Jika kata ini petunjukMu,
Aku mohon, tuhan.
Satukan dia yg ku kejar dari dulu ini denganku.

Andai ini ujian buatku,
Aku mohon lagi, tuhan.
Kuatkan aku untuk teruskan menjaga ikhtilatku.
Dan izini aku untuk terus melangkah.


bila hati terdetik.

Bila mana aku dah move on.
Dan aku pun dah mula nak adakan hubungan kawan itu.
Tiba tiba bila dia muncul di situ.
Aku mula rasa sesuatu yang tak sepatutnya aku rasa.

Aku tahu itu tak sepatutnya berlaku.
Tapi apa dayaku.
Tipulah jika kataku hati ini tidak terdetik.



Isnin, 18 Mei 2015

ikhtilat...aku ingin berubah...!

ya, susahnya nak berubah.

kau nampak macam senang nak berubah. tapi hakikatnya, banyak ujian perlu kau tempoh. tapi, bila kau kata kau NAK berubah, makanya kau akan SANGGUP tempoh segala ujian yang datang.

tak susah untuk orang macam aku yang dah terbiasa bergaul dengan lelaki *sebagai kawan* nak membuat 'gap' atau 'dinding' dengan dunia lelaki tu. lagi-lagi bila kau dah dibesarkan dengan dunia 'lelaki' sejak kau lahir lagi.

ya. aku dibesarkan dengan sepupu lelaki, abangku yang sulung juga sudah pasti lelaki, dan berkawan dengan sahabat-sahabat abangku serta sepupuku yang sudah tentunya juga dari golongan lelaki. jadi, bila aku cuba untuk membuat 'dinding' dengan dunia lelaki ini, memang agak payah pada awalnya. namun, alhamdulillah, hingga harini, aku telah berjaya mendelete segala follower lelaki, segala contact number lelaki, dan segalanya yang berkaitan lelaki.


kenapa?


nak aku kata kerana aku membaca buku tarbiah sentap itu juga bukan, tetapi mungkin kerana hidayah allah telah datang kepadaku dan tanpa rasa janggal aku membuat semua itu. *tapi ada lah dalam 2-3 orang yang aku tak mampu delete sebab terlalu rapat dan insya allah bakal di delete juga*

NAMUN, 

dalam proses 'hijrah' yang sedang aku lakukan ini, masih terselit dalam hujung-hujung hati aku tu nak berikhtilat jugak. macam aku cakap tadi, memang susah. tapi, kalau kau betul-betul NAK berubah, kau akan SANGGUP hadapi semua tu.

apa aku buat bila hati aku yang kadang-kadang bolak balik ni nak berikhtilat? aku bangun solat taubat dua rakaat. kadang-kadang lepas solat, aku terus solat taubat. bila memikirkan antara waktu solat terakhir aku dengan solat sekarang ni, ada otak aku ni terlintas nak berikhtilat, mesti aku buat solat taubat.

pada awalnya, memang kerap aku buat solat taubat. kejap-kejap pergi amik wudhuk, kejap-kejap pergi amik wudhuk. tapi percayalah, lama-lama hati kau tenang tanpa dosa*insya allah*. lagipun, apa salahnya kau sentiasa berwudhuk kan ? lagi bagus sebenarnya . 

kesimpulannya, kau yang nak berubah tu, kau yang nak mula jaga ikhtilat tu, teruskan..! jangan berhenti...! setan memang takkan duduk diam bila tengok kau berubah. tapi kau fikir balik, kau nak syurga atau neraka? pilih lah~

p/s : mohon doa korang untuk aku terus berubah. dan aku akan terus mendoakan korang yang nak berubah tu untuk kuat berubah dan korang yang tak terfikir nak berubah tu dapat hidayah untuk berubah. 

peringatan untuk diri sendiri jugak ni :) wallahualam.

*entri kalini warna pink sebab nak bagitau korang betapa kasihnya aku kat korang yang sama-sama doakan aku berubah dan mohon korang turut berubah* Pink kan tanda kasih sayang ^^

Jumaat, 15 Mei 2015

jari menari kata hati

Aku tidak punya dendam.
Aku tidak ingin berkira.
Aku ikhlas.

tapi...

kenapa kalian?
apa yang kalian dendamkan?
mengapa berbalas-balas dendam itu?

apa kalian dapat wahai kesayanganku?


moga allah tunjuk.
jika perlu untuk aku berundur.

Cerpen keluarga (Utamakan Keluarga Dulu) #4

"Hujung minggu ni ada kenduri kahwin kat rumah pak lang. Jangan pergi mana-mana pulak okay?" pesan ibu kepada Salmah.

"Ala, orang dah cakap dua minggu lepas, weekend ni orang nak tolong mak Farah, kakak dia nak aqiqah," balas Salmah sambil membuat muka cemberutnya.

"Hm, siapa keluarga Sal sebenarnya ni? Mak Farah tu minta tolong je. Maklang ni nak kenduri kena rewang-rewang semua. Siapa lagi nak tolong kalau tak kita, keluarga dia ni? Farah tu ada 12 beradik. Ramai je yang boleh tolong lagi. Utamakanlah keluarga ni dulu Sal," tegur Puan Aminah.

"Ala mak ni, Farah tu selalu ada dengan orang. Apa salahnya Sal tolong? Mak pergi jelah rumah paklang dengan maklang tu. Cakap je yang Sal ada hal lain," rungut Salmah lagi. Kali ini suaranya lebih tinggi nadanya berbanding biasa.

"Suka hati kau lah Sal. Nanti dah susah, taulah kau cari keluarga kau ni. Utamakanlah kawan kau tu. Mak nak tengok jauh mana dia ada dengan kau," balas Puan Aminah malas melayan kerenah anaknya yang jelas lebih mementingkan kawan-kawannya berbanding keluarga.

Dalam diam, Puan Aminah berdoa,
'Ya allah, kau tunjukkanlah kepada anakku Salmah betapa pentingnya keluarga berbanding kawan-kawannya itu. Amin'
********

"Sal, esok kau free tak? Aku nak ajak lepak kat Mid Valley. Semua gang kita ada," ajak Dila.

"Esok? Um. Mak aku ajak pergi dinner dengan family malam esok sebab abang-abang aku semua balik harini. Tapi takpelah. Demi kau, aku cancel jelah dinner tu. Lain kali boleh dinner lagi," putus Salmah tanpa rasa bersalah kerana memungkiri janji dengan emaknya buat kali yang entah ke berapa. 

'Mesti mak marah nanti ni. Ah takpelah. Abang Chik dengan Alang tu kalau keluar jumpa kawan boleh je. Kenapa bila aku nak lepak dengan kawan takboleh pulak. Lagipun bukan senang nak jumpa gang-gang aku ni. Diorang dah lah selalu busy. Ah ! Malas nak fikir.' bisik hati Salmah.
Di rumah, tanpa rasa bersalah, Salmah terus memberitahu Puan Aminah di hadapan AbangLongnya tentang ketidakhadirannya ke dinner yang telah ditetapkan oleh emaknya sejak seminggu lalu. 

"Kau ni, sibuk dengan kawan kau lah Sal ! Family kau selalu abaikan. Ingat senang ke nak dinner ramai-ramai macam ni. Ini pun nasib baik Abang Ngah kau balik jugak dari Sabah tu. Dia dah lah susah nak cuti dengan kerja dia yang macam apa je tu. Ni dia dah balik, semua dah kumpul, kau pulak nak lepak dengan kawan-kawan. Cuba utamakan keluarga kau dulu. Kawan-kawan tu nanti boleh jumpa. Kau susah nanti, bukan kawan-kawan tu yang tolong kau nanti," marah Abang Long Salmah yang terkenal dengan sikap garang dan tegasnya itu.

Puan Aminah hanya membiarkan sahaja Salmah dimarahi Abang Longnya. Sebenarnya, Puan Aminah telah tawar hati dengan sikap Salmah yang tak habis-habis mementingkan kawan-kawannya. Bila dilarang, ada sahaja dijawabnya. Itulah, inilah, macam-macam alasan diberi Salmah mempertahankan kawan-kawannya.

"Ala Abang Long ni, biarlah. Orang dah selalu dinner dengan mak. Abang Long semua tu je tak reti-reti nak balik. Pergilah dinner dengan mak. Orang nak keluar dengan kawan. Mak tu dah bosan agaknya tengok muka Sal je setiap kali dinner," lancang kata-kata Salmah.

Kali ini Puan Aminah menangis mendengarnya. Tidak pernah sekalipun dia bosan melihat muka anak-anaknya. Tergamak sungguh Salmah menuduhnya sebegitu sekali. 

"Kau jangan nak biadap Salmah ! Mak menangis dengar kau cakap macam tu. Tu tengok tu ! Insaflah dik oii. Utamakanlah keluarga kau ni. Kau sakit, kau mati nanti semuanya keluarga kau yang uruskan. Bukan kawan-kawan kau tu!" tengking Abang Long Salmah.

Salmah yang tetap dengan pendiriannya melebihkan kawan-kawan itu terus bangun menuju ke bilik tanpa menoleh sedikitpun kepada maknya. Egonya meninggi saat itu.

******


Keesokannya, Salmah tetap keluar dengan kawan-kawannya. Dia tidak menghiraukan sebarang pertanyaan yang ditanya oleh setiap abangnya semasa ingin keluar tadi. Baik Abang Ngah, Abang Chik, mahupun Alangnya. Semua dibiarkan tanpa jawapan.


Sedang dia melepak, tiba-tiba Salmah pening kepala lalu tumbang. Kawan-kawannya yang tadi sedang seronok berbual-bual tergamam melihatkan kejadian itu. Namun begitu, memikirkan tiket wayang mereka yang hanya tinggal 15 minit lagi, mereka hanya meminta pertolongan orang sekeliling mereka untuk menghantar Salmah ke hospital.

Kebetulan Mak Lang Salmah lalu di hujung meja tempat Salmah dan kawan-kawan melepak, dengan penuh rasa terkejut, dia pantas menghubungi Pak Lang Salmah untuk membawa Salmah ke hospital. Kawan-kawan Salmah pula tidak seorang pun yang mengikutnya ke hospital kerana masing-masing telah membeli tiket wayang 3D ketika itu. 

Dalam perjalanan, Mak Lang Salmah menghubungi Puan Aminah untuk memaklumkan peristiwa itu. Puan Aminah yang terkejut terus mengajak kesemua abang-abang Salmah untuk ke hospital. Dinner malam itu hanya dibuat di hospital sahaja oleh kerana Salmah ditahan wad untuk seketika kerana didapati tekanan darahnya rendah saat itu.

Apabila Salmah sedar, Mak Lang terus menceritakan semua yang berlaku. Salmah terkejut dengan tindakan kawan-kawannya yang sering dia utamakan itu. Tidak pernah dia sangka mereka akan membiarkan Salmah demi mengejarkan tiket wayang yang boleh ditonton di televisyen kelak. 

"Sudahlah Sal. Abang Long dah cakap, utamakan keluarga kau ni. Bukan kawan-kawan kau tu. Tengok, bila dah macam ni, ada diorang nak hantar kau ke hospital? Patut ke diorang minta orang sekeliling yang uruskan kau. Padahal diorang tu kawan kau. Nasib baik ada Mak Lang kat situ. Kalau tak, AbangLong pun tak tahu lah apa akan jadi kat kau," nasihat Abang Long dengan nada geramnya terhadap kawan-kawan Salmah.

"Betul tu Sal. Kawan-kawan kau tu tak guna namanya. Tak salah kau nak lepak dengan diorang, tapi utamakan keluarga dulu. Dengan diorang tu, bila kau tak ada apa nak buat, baru lah lepak. Ingat Achik tak tahu ke kau buat mak menangis semalam? Berdosa tahu tak?" tegur Abang Chik Salmah pula.

"Sudahlah, pergi minta maaf pada mak tu Sal. Lepasni, ambillah ni sebagai pengajaran. Utamakan keluarga dulu baru kawan-kawan," tambah Alang yang nyata lebih rapat dengan Salmah berbanding abang-abangnya yang lain.

Salmah hanya mampu tunduk diam memandang dirinya yang terlantar di hospital itu. Tiba-tiba dia teringatkan emaknya yang tidak berada di situ. Pantas dia bertanya kepada Alangnya. 

"Mak, maafkan Sal mak. Sal salah buat mak kecik hati dengan Sal. Maafkan Sal mak. Sal dah dapat balasanya. Lepas ni Sal janji akan utamakan keluarga dulu baru kawan-kawan Sal. Maafkan Sal mak," rayu Sal kepada Puan Aminah setelah dia memujuk abang-abangnya untuk membawanya berjumpa dengan Puan Aminah di luar bilik itu. 

"Mak maafkan nak. Jangan buat lagi sayang. Mak sayang dekat Sal. Banyak kali mak terasa hati dengan Sal bila Sal sibuk dengan kawan Sal. Lepas ni jangan buat lagi ya nak ya? Mak sayang Sal. Takpe. Mak dah ampunkan Sal. Moga Sal betul-betul insaf ya sayang?" balas Puan Aminah dalam sendunya. Rajuknya yang tadi telah hilang bila melihatkan keadaan Sal yang beria meminta maaf itu. 

p/s : Utamakan Keluarga Dahulu berbanding kawan, teman mahupun sahabat. Kerana apa? kerana kita lahir dari keluarga (perut ibu), insan pertama kita lihat di dunia adalah keluarga (mak ayah adik beradik), insan yang memberi kita makan adalah keluarga (mak dan ayah), perkataan pertama yang terpacul di mulut kita adalah keluarga (mak, ayah, papa, mama, mummy, daddy, ibu, abah). Oleh itu, muliakanlah keluargamu sebelum orang lain.

Pesanan untuk diri sendiri juga :)

Rabu, 13 Mei 2015

Cerpen sahabat (solat) #2

"Korang, kita pergi beli tiket wayang dulu ye, lepastu baru kita solat. Takut tiket habis nanti," beritahu Izzani kepada kawan-kawannya.

"Apa kata kita solat dulu, lepastu baru beli tiket? Aku takut Allah marah nanti," balas Amri nyata tidak setuju dengan cadangan Izzani.

"Alah, sekejap je kita beli tiket. Lepastu solatlah. Lagipun, nanti beratur panjang kat kaunter tu pulak. Ni sementara tak ramai ni, baik kita pergi beli dulu," jelas Izzani sedaya upaya memujuk kawan-kawannya.

"Takpelah Zani, kita solat dulu. Insya Allah ada keberkatan bila kita dahulukan Allah. Ini hanya untuk hiburan semata-mata. Marilah," pujuk Aqlan pula. 

Izzani memang terkenal dengan sikapnya yang keras kepala dan ego. Mereka telah bersahabat lebih kurang 3 tahun sejak hari pertama Aqlan dan Amri menyewa di bilik kepunyaan Izzani. Aqlan dan Amri merupakan seorang pelajar IPT yang mengambil kos Pengajian Islam manakala Izzani pula telah bekerja sebagai seorang dispetch di sebuah syarikat di tengah bandar. Walaupun status mereka berlainan, namun mereka sangat akrab. Hal ini kerana Izzani seorang yang peramah.

"Kalau macamtu, korang pergilah solat dulu. Aku nak queue ni. Nanti dah beli, aku jumpa korang kat surau. Sekejap je ni," putus Izzani lantas berlalu ke kaunter pembelian tiket.

Aqlan dan Amri hanya memandang sambil menggeleng kepala dengan sikap Izzani yang degil itu. Tanpa membuang masa, mereka terus menuju ke surau di bahagian dalam Food Court di Mid Valley Megamall yang terletak searas dengan wayang itu.

******
"Ya Allah, kau tunjukkanlah kepada sahabat kami, Izzani betapa pentingnya solat ini berbanding segala perkara di muka bumi ini ya Allah. Amin ya rabbal alamin."
Usai memberi salam, Aqlan dan Amri mencari kelibat Izzani. Namun masih tidak ketemu. Mungkin masih di kaunter pembelian tiket wayang tadi fikir mereka. Pantas keduanya mengatur langkah ke tempat mereka meninggalkan Izzani.

Sesampainya mereka di sana, kelihatan Izzani masih beratur di kaunter. Kurang lebih 15 minit kemudian, barulah giliran Izzani membeli tiket mereka.

"Apalah tadi, diorang break sekejap pergi solat. Tak nampak ke orang dah beratur panjang ni? Kalau ye pun nak solat, gantilah dengan yang non-muslim. Elok-elok 5 minit je aku kena beratur, dah jadi setengah jam. Huh ! Menyusahkan !" rungut Izzani ketika menyerahkan tiket kepada Aqlan dan Amri.

"Mestilah, diorang hormatkan waktu solat. Tu lah aku ajak kau solat dulu tadi. Kau taknak. Tengok yang beratur tu tadi semuanya non-muslim. Kau sorang je yang Muslim. Perasan tak?" balas Amri.

"Tu lah. Kalau aku ikut korang solat dulu tadi, Takde lah aku beratur lama-lama dan mesti sekarang ni aku dah selesai solat. Maafkan aku ya?" sesal Izzani.

"Takpelah Zani. Amik ni sebagai pengajaran. Bila kita dahulukan Allah, Allah akan dahulukan kita dalam pelbagai aspek. Kalau kita belakangkan Dia, Dia juga akan belakangkan kita," beritahu Aqlan sambil menepuk bahu Izzani.

"Lepasni, kejar solat dulu baru kejar tiket wayang ya?" gurau Amri.

Ketiga mereka terus tersenyum mendengarkannya.

"Sudahlah, kau belum solat lagi tu. Tiketnya pukul berapa?" tanya Aqlan.

"Alamak ! Lagi 15 minit lah. Macam mana ni? Sempat ke aku nak solat ni?" tanya Izzani. 

Aqlan dan Amri memandangnya sambil tersenyum penuh makna.

"Baiklah ustaz-ustaz sekalian. Aku pergi solat dulu ya?" pantas Izzani menjawab memahami senyuman mereka itu.

"Jangan solat tu compang camping pulak," pesan Amri.

*******

Usai solat, Izzani, Amri, dan Aqlan melangkah masuk ke dalam panggung wayang. Dengan kuasa allah, cerita yang mereka ingin tonton itu bermula apabila mereka telah duduk di sit masing-masing. Aqlan dan Amri memandang Izzani melihatkan keadaan itu.

"Tengok, kita tak lambat pun," ucap Amri.

"Baiklah. Maafkan aku. Terima kasih menyedarkan aku betapa pentingnya solat. Moga Allah merahmati hidup kalian." doa Izzani.

"Amiin...."


p/s : Ingatlah kawan-kawan. Walau apa keadaan sekalipun, dahulukanlah solatmu. Insya allah, allah akan mendahulukanmu. 

pesanan buat diriku juga . Wallahualam :)

Cerpen Sahabat (couple) #1

Aku terduduk merenung bait-bait katanya. 'Ah ! menyakitkan sungguh rasanya. Bagai ditikam sembilu. Aku yakin, ditikam sembilu pun tidak sesakit ini.'

Pantas Umairah keluar setelah dia melepaskan katanya. Mungkin keluar berwudhuk untuk menenangkan fikirannya. Selalunya begitulah. Katanya, marah ini kerja syaitan. Untuk menghilangkan rasa marah, berwudhuklah. Lalu solatlah sunat dua rakaat. Insya allah amarah yang membuak tadi akan kendur dan emosi kembali stabil.

BEEP BEEP !

Tanda WhatsApp masuk. Aku hanya menoleh ke telefon bimbit berjenama I-phone kepunyaan ku yang baru ku letakkan di atas meja selepas Umairah menegur aku dengan kata-kata sentapannya tadi. Terdiam aku seketika. Aku tahu penghantar WhatsApp itu siapa. Tidak ! Kali ini aku harus bangun. Bangun dari dosa yang tak terkira oleh pasir di dunia ini.

Pantas aku ke bilik air untuk mengambil wudhuk menunaikan solat sunat taubat. Aku kesal dengan apa yang aku lakukan tadi. Mengapa diriku yang tak mampu melawan nafsu? 'Ah ! Syaitan seringkali menghasut pemikiran aku. Aku menyesal Ya Rabbul Izzati.'

*******

"Ya Allah, aku hina ya Allah. Aku mengaku cintakanMu, tetapi dalam masa yang sama aku menagih cinta dari hambaMu. Ampunkanlah aku wahai tuhan yang aku sembah hingga akhir nyawaku. Aku sentiasa kalah dengan hawa nafsu yang sepatutnya aku kawal dengan iman dan akal yang Kau kurniakan ya Allah. Aku bertaubat kepadaMu."

******

"Alhamdulillah akhirnya kau sedar salah kau. Maafkan aku jika aku terlalu berkeras dengan kau tadi. Aku sebagai sahabat cuma tak mahu lihat kau terus terjerumus dengan dosa. Kau kata ingin sahabat hingga ke syurga? Maafkan aku ya, sahabat?" tegur Umairah mengejutkan aku dari belakang. Rupanya dia memerhatikan aku sepanjang aku menunaikan solat tadi.  

"Takpe lah weh. Kata-kata kau tu betul-betul menyedarkan aku. Terima kasih, sahabat. Aku sayang kau ke syurga," balasku pantas menariknya ke dalam pelukanku.

"Uhibbuki fillah," jawab Umairah ringkas.

*******

Dari luar bilik, kelihatan Fatin dan Nana yang memerhati dengan air mata yang bergenang. Nana merupakan sahabatku dibilik sebelah, manakala Umairah pula rakan sebilikku. Fatin adalah rakan sebilik Nana. Kami berempat menyewa di rumah Apartment murah di kawasan sekitar Bangi itu. Setahun sudah usia persahabatan kami. Alhamdulillah keempat-empat kami sering nasihat-menasihati antara satu sama lain. Aku bersyukur berada di dalam rumah yang mempunyai rakan yang tak henti menasihati aku yang jahil ini.

"Korang, makanan dah siap. Jomlah makan," pelawa Nana. Nana terkenal dengan kehebatannya dalam memasak. Al-maklumlah, selepas tamat SPM dulu, setahun dia di rumah hanya memasak dan mengemas sahaja. Dah macam suri rumah sepenuh masa lah katakan. Kikiki.

******

Seusai kami makan lauk ikan keli masak lemak cili api, telefon bimbitku itu berbunyi tanda ada panggilan yang masuk. Pantas aku berlari mendapatkannya lalu terhenti apabila melihatkan nama yang tertera di skrin telefonku. 

"Siapa yang telefon tu weh?" 
"Hm, dia." jawabku sepatah dengan rasa serba salah.
"Sudahlah Lina, biarkan je. Cakap kat dia, kalau betul-betul nak, mintaklah dengan cara yang baik. Jumpa wali kau, masuk meminang, kan ke lebih baik macamtu?" kata Fatin yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Aku jadi semakin serba salah. Tadi baru di'tarbiah' oleh Umairah gara-gara dia nampak aku bergayut dengan Firas. Terngiang kata-katanya tadi.

"Lina, kau nak jadi perempuan murahan ke, senang-senang bagi lelaki bukan muhrim kau dengar suara lunak kau tu? Kan ke baik kau simpan suara tu untuk zauj kau?"
Selepas sahaja aku mendengar kata-kata Umairah itu, pantas aku mematikan talian. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Terduduk aku tika itu.

Firas merupakan kenalanku tika aku berusia 16 tahun lagi. Dia acapkali menyatakan rasa sayang dan cintanya kepadaku, namun aku tidak pernah membalasnya. Walaupun begitu, bisikan syaitan seringkali buat aku jatuh dalam khayalan cintanya. Kali ini aku tidak mahu mengalah lagi. Aku sudah acapkali menunaikan solat taubat atas dosaku yang satu ini. Takkan aku ingin ulanginya lagi? Mahukah tuhan mengampunkan aku jika aku terus mengulangi dosa yang sama? Aku ingin taubat nasuha. 

"Assalammualaikum, maaf saya bukan Lina. Saya sahabatnya yang ingin bawa dia ke syurga. Jika saudara ingin membawa dia ke neraka, saya mohon saudara lupakan niat saudara itu. Tetapi jika saudara ingin sama-sama membawanya ke syurga, hentikanlah apa yang saudara buat sekarang ini. Ambil alamatnya, jumpalah walinya, dan kahwinilah ia. Selepas itu, saudara boleh buat apa sahaja saudara suka kerana ianya telah halal. Assalammualaikum."

TUTT !

Panggilan dimatikan. Kesemua yang berada di situ tergamam dengan tindakan drastik Nana yang bercakap begitu pantas tanpa titik noktah malahan koma dan tanda soal juga. Yang ada hanyalah tanda seru melalui suaranya yang sengaja dikasarkan ketika bercakap tadi. 

Setelah beberapa ketika kami semua senyap, akhirnya seorang demi seorang mula tersenyum tanda puas hati. Termasuklah aku. 

Sungguh aku terharu melihat kesanggupan mereka demi menyelamatkan aku dari terus terjebak dengan dosa yang sudah jelas lagi nyata. Dalam diam aku mendoakan moga mereka akan bersama-sama denganku di syurga sana. Bi iznillah. Amin. 

******

"Assalammualaikum, boleh saya dapatkan alamat rumah awak?" - Firas Firdaus.
Tanpa membuang masa, aku menaip alamat rumahku kepadanya. Moga akan ada keberkatan atas niatnya yang suci ini. 

Sejak dibangku sekolah lagi dia mengajak aku untuk ber'couple'. Namun dari masa ke semasa aku menolak kerana aku teringat nasihat seorang ustazah ketika aku berusia 13 tahun.

"Couple itu hukumnya HARAM. Perkara yang HARAM merupakan DOSA BESAR"
Begitulah kata ustazahku tika itu. Dan hingga kini, aku masih berpegang kepada ayatnya. Cuma adalah beberapa kali aku terbuai dengan pujuk rayunya. Nauzubillah. Berdosanya aku.

********

"Aku terima nikahnya Amalina Bt Amiruddin dengan maskahwin senaskah al-quran tunai"
Maka menangislah para syaitan dan iblis mendengarkannya. Alhamdulillah aku telah sah menjadi isteri kepada Firas Firdaus Bin Faris Fahmi.



p/s : kawan-kawan, ingatlah! bercouple itu tidak menguntungkan malah menambahkan dosa kita, Andai ada yang terjatuh ke lembah bisikan syaitanir rojim, Teruslah bertaubat. Insya allah, akan Allah pelihara hati kita dari perkara yang mendatangkan dosa. Biarpun acapkali kita menunaikan solat sunat taubat, asalkan kita benar-benar berusaha untuk bertaubat dengan taubat nasuha. 


Pesanan untuk semua dan untuk diri sendiri yang masih dinodai dosa. :) 

ujian

tidak mengapa.
setiap insan pasti diuji.
untuk lihat 'iman' mereka.

kau rasa kau dah beriman ?
mari rasakan ujian tuhan .
kita lihat iman kau bagaimana .

apa kau mampu tangani ?

jika kau masih tergapai mencari tuhan,
janganlah kau rasa bangga.
kerana kau tak mampu hidup tanpa tuhan di sini.

kata tuhan

saat diri mula menerima.
dia pula melangkah pergi.

apa salah nya datang dari ku lagi ?

mungkin tuhan kata,
itu bukan dia.
ada dia yg menanti.

tuhan suruh tunggu.
tuhan suruh perati.
jangan kau kesali
walau untuk satu detik lagi.


TERIMA--

duhai hati

Duhai hati, Jangan berhenti, sayang,
Perjalanan ini masih panjang,
Engkau ingin sejahtera, bukan?
Syarat bahagia saat pulang,
Bertemu Ilahi. 

Duhai hati, hakikat yang engkau perlu redha,
Jalan ini bukanlah mudah,
Kalau yang namanya mujahadah,
Kerana dalam sakit rasa itu,
engkau dijanjikan syurga. 

Duhai hati, Segalanya mungkin payah,
Tetapi ketahuilah, Andai benar kau ikhlas,
Pasti kau mampu menongkah,
Sejuta onak demi hijrah. 

Duhai hati, Bangkitlah kembali, Bangkit,
Tuhanmu menyambutmu, Penuh cinta tika ini,
Bangunlah, Raihlah sesungguhnya, rahmat Allah.
Ayuh, duhai hati. 

Kuatkan azam, Demi erti sebuah ikhlas.
‪#‎NUB‬. Bismillah Emotikon smile

Selasa, 17 Mac 2015

tidak tertunai

saat kau inginkan itu,
tidak tuhan tunaikan.
kau mula redha dan lupakan.
mungkin itu bukan pilihan dari tuhan.

kemudian kau ingin yang lain pula.
juga ada penghalang dari memilikinya.
kau kata tidak mengapa.
ada lagi baik dari yang kau pinta.
kau bersangka.

lagi kau teringin yang lain.
hampir saja kau perolehi.
namun kau pula diberi pilihan.
antara sahabat dengan keinginan.
kau berundur demi sebuah persahabatan.

dan pagi ini lagi kau mengingin yang lain.
kau tanya untuk dapatkan kepastian.
apa keinginan kau kalini bisa dipenuhi.
jawapan dari jiran memberi harapan,
kau berusaha mendapatkan.
malah berdoa lagi untuk satu keinginan.
namun.
kata tuhan.
bukan ini keinginan yang perlu dipenuhkan.
maka lagi dan lagi harapan tinggal harapan.

aku mohon satu.
percayalah pada tuhan.

Ahad, 15 Mac 2015

kasih sayang seorang lelaki

LELAKI.
jangan kau bahagiakan kekasihmu.
jangan kau gembirakan hati sahabatmu.
jangan kau beri kasih sayangmu kepada orang luar.

SELAGI.
kau tak membahagiakan ibumu.
kau tak menggembirakan hati kakak dan adik perempuanmu.
kau tak memberi sepenuh kasih sayangmu kepada isterimu.

Selasa, 10 Mac 2015

aku nak tanya

tuhan,
boleh aku tahu apa rasa aku kini?
aku ada satu rasa yang aku tak taktahu apa.

tuhan,
boleh aku tahu kenapa diri aku begini?
aku ada rasa sesuatu yang pelik dengan diri aku.

tuhan,
boleh aku tahu apa yang berlaku sebenarnya?
aku ada rasa sesuatu yang berlaku luar pengetahuanku.
apa kau tak izinkan aku tahu itu?


apakah ?

saat aku tertanya-tanya.
siapakah gerangannya.

saat aku tergapai-gapai.
apa yang perlu ku capai.

saat aku tercari-cari.
siapakah si pencuri.

saat pendirian aku tak teguh.
apa yang dikatakan jodoh.

detik itu muncul tentang kau.
detik itu muncul nama kau.
detik itu hadir diri kau.

ah senang kata detik itu, segala berkaitan kau yang muncul.

adakah itu jawapan persoalanku?
hanya Allah yang tahu.

Dia sebaik-baik perancang.
tiada yang mampu menjadi penghalang.

jika takdir menulis itu.
aku terima.

Ahad, 8 Mac 2015

al quran utusan tuhan

tenung.
tenung.
tenung.
tenung sampai tembus.

hayati baitnya.
fahamkan maksudnya.
hadamkan ayatnya.

ada soalan?
sila ajukan.
di dalam ada jawapan.
sila carikan.
jawapan kpd semua persoalan.
tiada yg terpampan.

ada masalah?
sila adukan.
di dalam ada ketenangan.
ketenangan yg tak mampu diungkapkan.

 yg hanya dimiliki oleh kuasa alquran.
kurniaan dari tuhan.
maka sebarkan.

Sabtu, 7 Mac 2015

kau deep kau berubah

kau tahu couple itu haram.
tapi kau tetap ber-couple.
apa kau taktahu yg haram itu berdosa?

kau tahu bermain kata dengan bukan muhrim itu zina hati.
tapi kau tetap ber-jiwang dengan bukan muhrim.
apa kau taktahu zina itu apa?

kau tahu hubungan sebelum akad itu tidak diizinkan islam.
tapi kau lebih berani berhubungan daripada ber-akad.
apa kau taktahu nikmat selepas ber-akad itu lebih dari berhubungan?

kau kata kau islam,
kau kata kau muslim,
kau mengaku kau cinta tuhan dari segalanya,
tapi kau buat apa yg tuhan tak suka.
apa kau layak dapat nikmat dari tuhan?

Jumaat, 6 Mac 2015

miracle

sebab aku tak sangka.
sebab aku terlalu kasih.
hingga aku rasa aku takkan dapat capai impian yang satu itu.

sebab allah tahu rasa aku.
sebab allah dengar hati aku.
sebab allah nampak situasi aku.
ya, hanya allah.

takkan allah bagi sesuatu yang kamu mahu.
tetapi akan allah beri yang kamu perlu.

hanya allah.
aku ulang.
hanya Allah.

terimakasih ya rabbul izzati :')

kebahagiaan.

kau tau apa itu kebahagiaan?
bila mana apa yang kau impikan itu tertunai.

terimakasih atas 'miracle' ni , ya ALLAH.
aku yakin dengan perancanganMu.

"selamat hari jadi .. semoga panjang umur dan dmurahkan rezeki ..sy hanya mampu ucap disini saja .. maafkan sy..n happy birthday to u from me .."

Sabtu, 28 Februari 2015

berani kau bangkang tuhan

apa kau mahu ubah takdir tuhan ?
kau hidup tu pun atas takdir Nya.
ini kan lagi kau mahu ubah takdir Dia.

siapa kau untuk melawan Dia.
dengan apa kau mahu bantah Dia.
yang ada pada kau tu pun masih milik Dia.

sedar-sedarlah diri tu.
tuhan tak pernah membelakangkan kau.
hanya kau yang tuli dengarkan Dia.

moga tuhan ampunkan lagi dosa kau.
pasti--

dengan apa ? 
taubatlah--

memori lama

ku tatap memori lama kita.
ku imbau segala manisnya.
apa yang manis itu kini sudah jadi kelat?
atau mungkin ia jadi tawar setawar hatimu padaku?

itulah manusia.
tidak pernah bersyukur.
bila di depan mata,
fikir yang lebih baik dari itu.
apa kau pernah dengar satu kisah?
kisah seorang murid bertanya gurunya.
apa punya lebih baik dari yang kita ada?

hayati cerita itu jika kau pernah mendengarnya.
cerita itu untuk aku.
ya, ia untuk aku jadikan pengajaran.

kesannya mendalam.
jiwaku mati untuk yang lainnya.
walau kaki ini akan melangkah ke satu alam.
tapi memori lama lagi kan ku kenang.

teman--

mungkin sekarang kau nampak buruk kau di mata aku.
bukan buruk aku di mata kau.
apa kau peduli jika satu hari nanti kau lihat aku lebih buruk dari kau?
fikirkan--

hantu si petak

ku renung 'petak' itu.
lama.
aku berfikir sejenak.
kejamkah aku perlakukan begitu?

ku renung lagi.
'petak' itu berbunyi.
tanda dipanggil dari yang jauh.
dua kali ia berdering.
namun,
mataku hanya mampu memandang.
mati.
'petak' itu mati bunyinya.

terdiam aku di situ.
apa benar tindakan ku?

aku mengambil 'petak' itu.
ku mainkan jariku ke atasnya.
dihantar.

tidak lama kemudian.
'petak' itu berbunyi.
tanda ada balasan.

ah dari dia.
kasihan dia.
ayatnya.
buat aku berfikir lagi.

mungkin aku tiada jawapan.
tapi, hanya tuhan--
ya, hanya tuhan tahu segalanya--

aku berserah.

Ukhuwah itu


Ukhuwah yang aku puja.
Persahabatan yang ku kata setia.
Kini diuji cinta kepadaNya.

Apakah kita semua mampu tangani.
Masalah masalah yang diberi Ilahi.
Untuk mempertahankan ukhuwah ini.

Bersabarlah teman.
Aku percaya ini sementara.
Dia beri ini untuk kenal each ada.
Lebih dalam lagi.
Malah lebih dari yang kau kenal kini.

Tuhan, jangan Kau pisahkan antara kami.
Cukuplah seorang yang telah Kau biar pergi.


mampukah aku

tuhan,
dia menangis padaku.
apa aku mampu bantu?

tuhan,
dia ditimpa musibah.
apa aku layak menasihatinya?

siapalah aku ini, tuhan.
aku hanya tahu menarikan jariku di papan ini.
tiada ilmu. tiada daya.

tapi tuhan,
kasihan dia.

Rabu, 11 Februari 2015

Bicara hati.


Andai hati ini mampu berbicara.
Akan ku biar ia berbicara.
Melepaskan kata.
Kata kata yang terpendam sekian lama.
Yang tidak mampu diterjemah oleh bahasa manusia.
Mungkin boleh untuk hati insan mulia.

Berbicaralah hatiku~

Senyumlah.



Kau seteghess? Moh senyum.
Kau marah? Moh senyum.
Kau nyighapp? Moh nengok chermin dan senyum.
Kenapa senyum?
Sebab senyum boleh membantu melegakan sementara.
Aku ulang, sementara-

Apa yang boleh kekal lega? Solatlah J

Isnin, 2 Februari 2015

masanya.

entah apa ku rasa.
ia ngilu yang tak terkata.
tak mampu ku ungkap dengan kata.
apatah lagi cara.
ia tusuk ke tulang sum sum.
sejak minggu minggu yang lalu.

mungkin itu peringatan.
peringatan Dia yang minta aku bersedia.
bersedia dari pelbagai seginya.
hutang ku lunaskan.
kemaafan ku pinta.
ku cuba menjaga kata.
hati dan perasaan ku pelihara.
putuskan yang tak perlu.
diam dari berbicara.
untuk mengelak dusta.
ketawa ku hilangkan semua.
itu syaitan belaka.
sebagai penerima peringatan tuhan--

tuhan dah kata--
bilamana Dia sudah beri peringatan.
pilih mana jalan kita nak.
syurga yang indah.
atau neraka yang perit?
keduanya tidak,
layakkah syurga buatku?
aku yang hina.
sanggup kah ke neraka?
sedang api dunia dah terpekik terlolong.
fikir--

tuhan tahu apa yang layak.
kau nak syurga--usaha.
kau nak neraka--teruskan berbuat dosa,
sampai bila?
bila nak ubah?
tuhan dah bagi peringat--ubahlah.

mungkin masanya dah taklama.
malaikat duk perati.
kau masih tak ingat mati.

allah.allah.allah.

senyuman

senyum itu indah.
senyuman membuat hidup kita jadi indah.
senyuman turut mengindahkan hari-hari kita.
kerana sebuah senyuman.

dan senyuman akan terus ku ukir.
bukan cuma aku.
tapi kita.
kita semua :)

senyumlah wahai senyuman :)

Ahad, 1 Februari 2015

mati.

kejamkah aku?
hati ini mati tak terkata.
bukan aku tak mencuba.
tapi puas ku pujuk sendawa.
katanya ia sakit sementara.
ku harap ia benar belaka.

ataukah sebenarnya dia yang kejam--

tikaman tajam.

mungkin.
mungkin kau kata kau menikam.
mungkin .
mungkin saat itu kau menikam.
menikam dengan tikaman yang tajam.

namun,
tikaman mu itu bukanlah satu tikaman.
ia satu pengajaran.

tikaman yg kau berikan itu menusuk.
menusuk ke qalb.
tusukan buat pengajaran.
tusukan buat pedoman.
dan tikaman itu tikaman yang tidak berpanjangan.

aku mengerti.
biarlah dia seketika--
dia perlukan masa utk sedar dari tikaman--

Ahad, 18 Januari 2015

Lelaki.



Lelaki.
Tahunya nikmat sahaja.
Terus memujuk dan merayu.
Hingga kenikmatan diperolehi.

Lelaki,
Taunya menggoda sahaja.
Menggoda bukan untuk dibuat bini.
Tapi untuk keseronokkan sendiri.

Lelaki.
Pujukan tak henti.
Rayuan terus meniti.
Godaan terus lali.

Cukup.

Hentikanlah wahai lelaki.

khilaf semalam

Dia bukan apa.
Dia satu rasa.
Rasa yang tak terkata.
Tak mampu ku puja.

Dia bukan apa.
Satu rasa yang tak ada.
Tunduk di lantai rasa.
Hati ku lihat tiada.
Mata ku tatap senda.

Ini bukan apa.
Bukan tak mampu rasa.
Mungkin itu punca.
Punca yang dah tahu rasa.
Tapi jahil menampakkan kata.
Jari menari syaitan ketawa.
Ku lihat juga rasa.


Padanan muka.